Ya ALLAH..Ya RAHMAN..Ya RAHIM..

Salam perjuangan...terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ana yang tidak seberapa ini. Namun, apa yang baik itu harap dapat dimanfaatkan dan sebar-sebarkanlah walau 1 ayat. sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH SWT..dan yang kurang itu dari kelemahan ana sendiri. Justeru, tegur-tegurlah jika ada kekhilafan dengan berhikmah. salam ukhuwah fillah wa syukran jaziilan.

LYRIC- I BELIEVE

Tuesday, December 27, 2011

TITLE:  I BELIEVE

IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

Read more...

KONSERT MAHER ZAIN

Sunday, December 25, 2011




PADA 24 Dec 2011 yang lalu, ana berpeluang menonton konsert nasyid Maher Zain dan Irfan Makki di Stadium Indra Mulia, Ipoh Perak. persembahan bermula pada pukul 9lebih (malam), namun ana difahamkan penonton sudah mula bersesak di perkarangan stadium pada waktu petang. Barangkali takut tidak mendapat tempat.
kegembiraan di hati kian bertukar...kini rasa resah dan sedih yang melanda hati. apa tidaknya, kerana tidak mahu ketinggalan menyaksikan konsert (penyanyi tempatan membuat konsert pembukaan) majoritinya tidak menunaikan solat maghrib walaupun azan maghrib sudah berkumandang di masjid berdekatan. 
bukan itu sahaja...malah, terkilan di hati apabila melihat penonton bercampur lelaki perempuan. penganjur tidak membuat pembahagian tempat duduk padahal ini adalah konsert islamik. ada yang datang berkeluarga..itu bagus, insyaALLAH. namun...yang tak bagusnya apabila ada 'couple' turut hadir. sedih melihat suasana pada ketika itu. tidak menampakkan ciri islamik walaupun yang diundang itu adalah penasyid islamik.
kesuraman hati tidak hanya itu sahaja. melihat sikap majoroti penonton yang menjerit-jerit tatkala maher zain naik ke atas pentas turut menimbulkan rasa tidak sedap hati pada ketika itu. pengacara pada malam itu juga tidak islamik kerana bersalaman dengan bukan mahram sesuka hati. malah, berani dibuat gurauan soal halal haram.... nauzubillah....
di mana nilai Islam ketika itu? seandainya beginilah sikap mereka ketika menyaksikan konsert islam, apalah lagi jika mereka menyaksikan konsert-konsert yang tidak islamik? rasa malu pada maher zain dan irfan makki. ketika mereka menyebut ALLAHUAKBAR!!! penonton di bawah menjerit-jerit bagai orang hilang akal. kot yer pun teruja atau gembira melihat artis kesukaan mereka, janganlah sampai hilang rasa malu dan maruah diri sebagai umat Islam. malu rasanya....
semoga ALLAH mengampuni diri ini dan mereka2 yang menyaksikan konsert pada malam itu. Syukur ALLAH tidak turunkan bala dek kerana sikap penonton yg tidak islamik pada malam itu. Ya ALLAH, ampunilah dosa kami ya ALLAH....kami hambaMU yang lemah..maafkan kami ya ALLAH..maafkan kami....
semoga, di lain konsert, pihak penganjur menitikberatkan soal 'pembahagian tempat duduk antara lelaki perempuan'....dan menjayakan konsert secara lebih ISLAMIK. insyaALLAH.
ps:  terima kasih kerana mengadakan konsert bersama Maher Zain dan Irfan Makki....p

 

Read more...

Persoalan Agama: Ketulusan hati, tenang rahsia khusyuk dalam solat

Wednesday, November 23, 2011

Oleh Ustaz Zahazan

2011/07/03

Bergelumang maksiat, tanggung hajat hanya ganggu tumpuan

Soalan:
SAYA ingin bertanya, bagaimana sebenarnya cara untuk khusyuk dalam solat. Adakah petua-petua yang saya boleh gunakan untuk khusyuk? Ada kalanya saya boleh khusyuk dan pada masa lain pula sukar.
Rashid,
Subang Jaya, Selangor.


Jawapan:

ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah, waba’d.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun ayat 1 dan 2 yang bermaksud: “Sesungguhnya sudah berjaya orang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solat.”

Persoalannya, bagaimanakah untuk kita mencapai tahap solat yang seharusnya dikerjakan oleh seorang yang beriman? Adakah mencukupi sekiranya seseorang itu mengerjakan solat bagai ayam makan padi, belum sempat dahi kepala menyentuh tempat sujud, sudah kembali bangkit dengan tergopoh gapah? Adakah orang begini dikira sebagai khusyuk? Sudah tentu tidak.

Ada ulama yang menjawab persoalan ini dengan mengatakan khusyuk ialah apabila seseorang itu bersolat dalam keadaan tetap, tenang tanpa bergerak, bergoyang atau menoleh ke kiri dan ke kanan. Diceritakan suatu ketika Saidina Umar bin al-Khattab terpandang seorang lelaki yang sedang memegang dan bermain-main janggutnya ketika solat, lalu Saidina Umar berkata: “Seandainya khusyuk hati lelaki ini nescaya khusyuklah segala anggota.”

Ada juga ulama mengatakan bahawa orang yang khusyuk adalah orang yang memberi sepenuh perhatian, pemikiran, ingatan dan lintasan hati kepada solat yang dikerjakan dengan meneliti makna ayat-ayat yang dibaca dan menghayati keseluruhan solat itu sendiri tanpa memasukkan dalam ingatan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan solat yang mengganggunya untuk khusyuk.

Justeru, apabila seseorang hendak mendirikan solat, namun pada masa yang sama makanan sudah dihidangkan, maka Rasulullah memerintahkan untuk kita makan dulu sekiranya waktu solat masih panjang.

Selain itu kita dilarang untuk menahan kentut atau buang air kecil atau buang air besar sekiranya hendak mendirikan solat.

Imam Ghazali RHM meletakkan beberapa pendekatan untuk kita khusyuk iaitu:



  • Pertama - hendaklah mengetahui dan memahami benar-benar solat yang dikerjakan.




  • Kedua - Ketika solat hendaklah berhampiran hadapan dinding.




  • Ketiga - Hendaklah sentiasa memandang ke tempat sujud.




  • Keempat - Tempat sujud janganlah ada sebarang gambar atau lukisan.

    Jika anda mengerjakan solat dengan khusyuk dan penuh ketenangan, Allah akan menyegerakan pahala dan ganjaran anda. Tetapi jika anda tidak boleh khusyuk, anda tidak boleh meninggalkannya kerana solat itu wajib dan amal yang fardu.

    Jika anda mengerjakannya terus menerus tanpa meninggalkannya, anda akan mendapat pahala. Anda juga hendaklah faham bahawa Allah SWT tidak menuntut tanggungjawab terhadap persoalan-persoalan yang kita tidak mampu melaksanakannya. Mungkin kita perlu muhasabah kembali kenapa susah untuk khusyuk. Adakah kita masih tidak meninggalkan maksiat? Begitu juga hendaklah memastikan segala hajat seperti buang air besar atau kecil ditunaikan dulu.

    Usahakan untuk memahami bacaan dalam solat. Di samping itu, hendaklah menyedari setiap pertuturan dan pergerakan dalam solat. Seterusnya, hendaklah merasakan diri sangat kerdil dan lemah di hadapan Allah SWT. Demikianlah, wallahua’lam. 




  • sumber: BH

    Read more...

    apakah kita juga begini????

    Monday, October 17, 2011

    REZEKI

    Suatu hari, seorang pemuda berjalan-jalan mengelilingi kotaraya. Dia berhajat untuk mencari pusat membeli-belah yang mengadakan promosi hebat jualan murah untuk membeli pakaian dan barangan keperluan lainnya. Selepas dua jam mencari, pemuda itu akhirnya berjumpa sebuah mall yang menawarkan promosi hebat. Dia memasuki mall tersebut  dengan membawa beg duit berisi ratusan ringgit dengan harapan dapat membeli semua barang yang diingininya. Tiba-tiba, bajunya bagai ditarik sesuatu. Dia menoleh dan didapati seorang kanak-kanak lelaki memandangnya sambil menadah tangan meminta sedekah. Pemuda itu memandang ke kiri dan kanan kalau-kalau ada orang lain memandang ke arahnya. Dengan pantas, dia mengarahkan budak pengemis itu meninggalkannya sambil mengomel sendiri. ' kecil-kecil lagi dah pandai nak mintak sedekah. buat-buat miskin la kononnya!

    Read more...

    Qada’ puasa & bayar fidyah

    Thursday, September 8, 2011

    Qada’ puasa, bayar fidyah dan ukuran cupak
    18 September 2008 oleh ImamKhalid

    Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.

    Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

    Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini).

    Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?

    Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.

    Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.

    Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?

    Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

    Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

    Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

    Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

    Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.

    Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.

    Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.

    Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?

    Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.

    Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.

    Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.

    Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?

    Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.

    Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.

    Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).

    Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?

    Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

    Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

    Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

    Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.

    Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.

    Persoalan seterusnya, sila isi ruangan komen di bawah untuk dibincang bersama.

    Wallahu a’lam.

    Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):

    Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
    Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
    Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
    Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
    Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
    Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.

    Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.

    Mudah bukan? Kalau dapat, cuba kira bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang yang tidak pernah berpuasa selama 40 puluh tahun hidup di atas muka bumi Allah ini… Huh?! Macam kena pakai formula jinjang arithmetik jer?

    sumber: soleh.net

    Read more...

    Solat Sunat Witir

    Wednesday, September 7, 2011

    Solat Sunat Witir merupakan solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat Sunat Tarawih. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

    Bilangan rakaatnya ialah ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Biasanya dilaksanakan secara berjemaah juga boleh secara bersendirian.

    Witr2.jpg

    Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala.


    Witr1.jpg

    "Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

    Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
    Perbanyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar Allah ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

    Zikir Selepas Solat Witir

    ZikirsolatWitir.jpg


    Doa Solat Witir

    DoasolatWitir.jpg

    "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

    sumber: wikipedia

    Read more...

    10 amalan ketika menyambut AIDILFITRI

    Thursday, September 1, 2011

    Al-Imam As-Shafie membahaskan dalam kitabnya, Al-Umm (Ibu) menceritakan amalan-amalan baik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan golongan-golongan ulama serta para solihin, diringkaskan bahawa terdapat 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Amalan-amalan ini adalah seperti berikut:-

    1)Kita digalakkan berdoa ketika malam raya, ambillah kesempatan dan doalah sepanjang malam raya supaya diterima amalan-amalan kita sepanjang bulan puasa yg baru sahaja berlalu. Lupakan persiapan raya kerana sepatutnya kita mesti bersedia lebih awal bukan menunggu saat-saat malam raya kerana waktu doa mustajab salah satunya ialah pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Subhanallah.

    2)Takbir raya. Memuji kebesaran Allah SWT setelah memberi nikmat dan ganjaran yang terlalu besar sepanjang Bulan Ramadhan dengan datangnya Lailatul Qadar. Takbir raya lah semampu mungkin sebagai tanda kesyukuran kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

    3)Mandi sunat hari raya Aidilfitri. Kita digalakkan mandi solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan disunatkan bercukur (bulu ketiak, ari-ari, kemaskan misai dsb) supaya kita kelihatan cantik, kemas dan bersih menghadap Allah SWT.

    4)Memakai wangi-wangian. Rasulullah SAW memakai wangi-wangian ketika menunaikan solat sunat Hari Raya dan digalakkan memakai pakaian yang cantik-cantik jika kurang mampu eloklah sekadar ianya bersih dan cantik dipandang.

    5)Makan sedikit dalam angka yang ganjil. Rasulullah SAW memakan sedikit buah tamar (atau kurma) sebelum keluar ke masjid dan diriwayatkan dalam angka yang ganjil iaitu 3 biji. ianya sebagai syarat kita sudah tidak berpuasa lagi pada hari raya. Jika tiada, minumlah sedikit air.

    6)Mengucapkan salam dan selamat kepada orang islam sepanjang perjalanan ke masjid dan sepanjang hari raya. Ucaplah "Taqabbalallah huminna waminkum" Semoga Allah menerima doa aku dan kamu, supaya Allah menerima doa-doa kita sepanjang bulan Ramadhan.

    7)Pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berbeza. Ianya supaya dapat mengeratkan silaturrahim sesama Islam kerana kita dapat bertemu dengan rakan-rakan dan saudara-saudara lain jika kita menggunakan jalan yang berbeza, maka bertambah ramai lagilah yang kita berjumpa dan ucap salam dihari mulia itu.

    8)Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Bawalah bersama ahli keluarga untuk sama-sama menunaikan solat ini, alangkah ruginya bagi mereka yang menunaikan solat sunat ini namun meninggalkan khutbah Hari Raya seolah-seolah tergantung solatnya antara langit dan bumi. Apa salahnya menunggu seketika demi merebut ganjaran yang dikurniakan Allah SWT.

    9)Ziarah menziarahi. Kunjungilah ahli kelurga, jiran tetangga, sanak-saudara, kaum kerabat, sahabat handai dan sesiapa saja samada kawan mahupun lawan. Keberkatan pada Hari Raya insyaAllah yang lawan menjadi lawan, yang keras menjadi lembut, yang tertutup menjadi buka. Pohonlah kemaafan sesama manusia kerana Allah tidak akan mengampunkan kesalahan yang dilakukan sesama manusia walaupun Allah sentiasa memaafkan dosa-dosa hambanya yang zalim jika mereka memohon keampunanNya.

    10)Puasa 6 dibulan Syawal. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti puasa 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah. Timbul pula persoalan bolehkah dilakukan puasa ganti (wajib) dengan puasa sunat? Jawapan yang paling tepat, wajib dan sunat adalah 2 perkara yang berbeza. Lakukan secara berasingan.

    Semoga ringkasan kitab mengenai 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri memberi manfaat kepada kita semua sebagai persediaan kita menghadapi dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. InsyaAllah. Sebar-sebarkanlah demi melahirkan umat islam yang berpegang teguh pada Allah dan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW. Wassalam.
    (syukur dan terimakasih kepada penulis asal artikel ini. ana menyebarkan artikel saudara/saudari buat renungan sahabat2 di alam maya ini..mudah2an iman kita bertambah dan penulis mendapat pahala yang berlipat ganda. syukran jazilan. jzkl.)
    sumber :  di sini

    Read more...

    kepada semua yg mengenali ana...dari hati yg dalam..ana memohon kemaafan atas segala salah dan silap ana pada sahabat2 semua =ada yg ana sedar atau tidak..dari hujung rambut hingga hujung kaki, dari dunia hingga akhirat. ampuni salah silap saya yg lalu mahupun yg akan datang.sekiranya diri ini mahu dibalasi ats dosa2 lalu...ana ikhlas menerima apa jua hukuman sahabat2 semua.kerana maaf kalian sangat bermakna buat ana...mudah2an ALLAH merahmati kita semua. SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

    Read more...

    TUDUNG MUSLIMAT ATAU TUDUNG...?????

    Thursday, August 18, 2011

    DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

    Assalamualaikum wbt.

    SYUKUR ke Hadrat ILAHI kerana masih mengizinkan ana menulis artikel ini. Mudah-mudahan pembaca semua mengambil pengajaran dan iktibar. Apa yang ana tulis ini adalah buat renungan dan peringatan untuk sermua muslimah...tidak terlepas juga diri ana sendiri.

    Alhamdulillah...dewasa ini kita lihat sudah ramai muslimat mula memakai tudung. Tiada rasa malu lagi untuk menutup kepala mereka. Namun, malangnya tudung yang dipakai itu belum cukup syaratnya sebagai menutup aurat. Justeru ana terpanggil untuk merakamkan bagaimana pemakaian seorang MUSLIMAH. Ayuh kita hayati...apakah kita memakai pakaian + tudung sudah memenuhi syarat menutup aurat atau...hanya mengikut aliran fesyen semata-mata? Nilaikanlah dengan IMAN...bukan dengan NAFSU...InsyaALLAH, mudah-mudahan kita mendapat pencerahan. Amin!

    Bagaimana??Sudah dihayati?Lihatlah... keenam-enam gambar di atas adalah antara yang sering dipakai oleh wanita masa kini. Pada mereka, itu adalah aliran fesyen. Jika masih berpakaian longgar-longgar, labuh atau tutup-tutup itu bukan lagi berfesyen sebaliknya bakal diketawakan kerana ketinggalan zaman. MasyaALLAH...Wanita hari ini jauh tersasar pemikiran mereka. Dorongan model-model yang kononnya membawa imej muslimah benar-benar merosakkan pemikiran mereka. Apakah mereka sedar atau tidak pemakaian seperti itu tidak ada dalam Islam? Apa perasaan Rasulullah tatkala melihat umatnya hari ini berpakaian tapi sebenarnya mereka masih bertelanjang? Pasti Baginda Nabi SAW akan menangis mengenangkan nasib umat Baginda.
    Hari ini, atas nama Islam...ana sebagai muslimah ingin mengajak muslimah semua agar merubah ke arah yang lebih baik dan disukai ALLAH dan NabiNYA iaitu menutup aurat dengan betul. Apa yang harus kita lakukan ini bukanlah kerana paksaan tapi kerana KEWAJIPAN atas SURUHAN ALLAH kepada kita sebagai hambaNYA. Mudah-mudahan, dengan menutup aurat, kita mendapat pahala yang besar di sisi ALLAH SWT. Amin!
     Inilah pakaian muslimah sejati.

    "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)"
    Al-Quran > SurahAl-A'raaf> Ayat26
    Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

    Al-Quran > SurahAn-Nuur> Ayat31

    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leherbajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belummengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


    Wahai saudari-saudariku sekalian, mulai saat ini, marilah kita berubah. Sesungguhnya melakukan perkara wajib (menutup aurat) itu merupakan satu tuntutan kepada kita semua. 
    ingatlah....
    "Sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah WANITA YANG SOLEHAH!"

    ~ALLAHUA'LAM.~
                muslimah menjaga aurat

    Read more...

    PUASA

    Wednesday, August 10, 2011

    Firman Allah Taala:
    يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
    "Wahai orang-orang yang beriman,  kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (1)
    Firman-Nya lagi:
    شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..
    "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia,  dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. ". (2)
    ____________________________
    1. Ayat 183, Surah Al-Baqarah.
    2. Ayat 185, Surah Al-Baqarah.
    Berpuasa pada bulan Ramadhan - sebagaimana yang sedia maklum - ialah "rukun Islam yang keempat". Dalilnya dari al-Qur'an ialah ayat-ayat suci yang diterangkan di atas dan dari hadith pula seperti berikut:
    1- عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْإِسْلَامَ بُنِيَ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ. (رواه مسلم)
    1- Dari Ibn Umar, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadat (dengan meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah,  mendirikan sembahyang,  memberi zakat,  berpuasa pada bulan Ramadhan,  dan mengerjakan haji ke Baitullah".(1)
    (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
    Menurut sejarahnya puasa bulan Ramadhan telah difardhukan atas umat Islam dalam bulan Sya'aban, tahun yang kedua Hijriyah.
    _________________________________
    1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:177).
    Ta'rif Puasa dan Kelebihannya
    Puasa ertinya menahan diri,  dan pada syarak maksudnya menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa,  mulai dari masa terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat. 
    Membendung Kemahuan Hawa Nafsu
    Menurut huraian ulama' rahimahumullah: "Sebahagian besar dari kejadian kacau bilau yang berlaku dalam sebuah masyarakat adalah akibat dari runtunan hawa nafsu yang buas liar dan melampaui batas sehingga ada yang melupai kehormatan diri dan rumah tangga,  mencuaikan tugas dan kewajipan,  mengkhianati amanah dan berbagai perkara jenayah lagi.
    "Oleh itu, kewajipan menyekat hawa nafsu dan menentang runtunan liarnya, serta melatih diri mengingati pengawasan Allah Taala akan segala yang zahir dan yang batin sebagaimana yang terdapat dalam amalan puasa adalah menjadi satu cara hidup yang aman sentosa. 
    "Dengan yang demikian, nyatalah hikmatnya ibadat puasa itu menjadi salah satu dari asas atau rukun Islam."(1)
    __________________________________
    1. Muqaddimah Mastika Hadith (hlm. 57).

    Kelebihan Puasa Secara Umum
    Kelebihan atau fadhilat puasa secara umum - sama ada yang wajib atau yang sunat - diterangkan dalam hadith yang berikut:
    2- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ. (رواه مسلم)
    2- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa,  (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .."(1)
    (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
    Oleh kerana amalan puasa (yang wajib dan yang sunat) itu dikerjakan secara tertutup antara seseorang dengan Tuhannya berdasarkan ikhlas semata-mata - berbanding dengan amal-amal bakti yang lain yang dikerjakan secara terbuka,  maka amalan puasa yang demikian amatlah besar pahalanya dan hanya Allah jua yang dapat menilai dan memberi balasan yang sepadan dengannya.
    _______________________________
    1. Al-Ahadith al-Qudsiyah (1:172). Hadith ini ialah "Hadith Qudsi" diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dan lain-lainnya. Ta'rif Hadith Qudsi telah diterangkan dalam "Muqaddimah Mastika Hadith".
    Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
    3- عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ. (رواه الترمذي)
    3- Dari Mu'az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?" "Mahu, ya Rasulullah", jawabku. Baginda pun menerangkan,  sabdanya: "Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedekah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api ... (1)
    (Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
    _______________________________
    1. Al-Targhib (2:87).
    Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
    4- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (رواه الإمام أحمد وغيره)
    4- Dari Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa dan Al-Qur'an memohon syafa'at kepada Allah pada hari kiamat - bagi orang-orang yang berbakti (yang selalu berpuasa dan banyak pula membaca Al-Qur'an) .. (1).
    (Hadith Hasan - Riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya)
    _________________________________
    1. Kitab yang sama (2:84).
    Selain daripada menjadi sebab yang membawa rahmat di akhirat kelak, puasa juga menjadi sebab yang membawa kebaikan yang berkesan di dunia ini. 
    Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
    5- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صُومُوا تَصِحُّوا وَسَافِرُوا تَسْتَغْنُوا. (رواه الطبراني)
    5- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " .. berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya .. (1)
    (Hadith Riwayat Tabrani)
    _______________________________

    1. Al-Targhib (2:83), rawi-rawinya diakui benar. 

    2. Kelebihan Puasa Ramadhan Secara Khusus
    Mengenai puasa Ramadhan secara khusus,  diterangkan dalam hadith yang berikut:
    6- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري ومسلم)
    6- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu". (1)
    (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)
    Menurut huraian Imam Nawawi rahimahullah Amal-amal kebajikan yang menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa yang tersebut, maksudnya dosa-dosa kecil Kalau tiada dosa kecil, ia dapat meringankan dosa-dosa besar Kalau tiada dosa-dosa besar,  ia dapat meninggikan darjat
    orang-orang itu di dalam syurga (2)
    __________________________________
    1. Minhaj al-Salihin - min Ahadith Khatam al-Anbiya' wa al-Mursalin (181).
    2. Tuhfat al-Ahwadzi (6:362).


    sumber: http://www.islam.gov.my/dircportal/mastika/tbljilid3list.php

    Read more...

    HULURKAN AL-FATIHAH

    Friday, April 15, 2011

    DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.

    SSALAMUALAIKUM WBT.. Salam kepada sahabat2 sekalian. Hari ini, ana memohon kepada semua sahabat2 yang beragama ISLAM agar menghulurkan al-fatihah buat nenda ana yang baru pulang ke rahmatullah..

    semoga ALLAH membalas kebaikan dan sedekah kalian dengan ganjaran yang lebih baik.

    syukran jzln.

    salam kasih dan rindu
    anamuslim..

    Read more...

    KISAH PARA SAHABAT

    Tuesday, March 8, 2011


    Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya Baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

    Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda s.a.w. selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu. 
    Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

    Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah s.w.t.  menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

    Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w., maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?"

    Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah s.w.t.  menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

    Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

    Read more...

    MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU

    kisah para sahabat
    Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w.  dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

    Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

    Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

    Read more...

    Tuesday, February 1, 2011

    (pertama ana mohon maaf kerana ana ubah sikit tajuk.untuk mengelakkan salah faham sesetengah pembaca. tajuk asal adalah 'Malaikat Kecil')

    Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.


    Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

    Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

    Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

    Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

    Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.


    Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.

    Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

    Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

    Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

    Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

    Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

    Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

    Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

    Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.


    Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

    Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

    Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

    Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

    Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

    Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

    Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

    Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

    Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

    “…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

    sumber artikel: http://feedyoursoul84.blogspot.com/2010/06/malaikat-kecil.html?showComment=1296572289866#c6638486172868064841

    Read more...

    masih untuk direnungkan oleh mata hati kita... :)

    TolongLAH!!TolongLAH!! tegaKAH kita tidur dalam kekenyangan dan hidup dalam kemewahan sedangkan mereka di 'sana' mati kelaparan???? tegaKAH ANDA???? *************************************************************** AIR MATA PALESTIN

    About This Blog

    ★˛˚˛*˛°.˛*.˛°˛.*★* *★* 。*˛.
    ˛°_██_*.。*./ ♥ \ .˛* .˛。.˛.*.★* *★ 。*
    ˛. (´• ̮•)*.。*/♫.♫\*˛.* ˛_Π_____.♥ Selamat Hari Raya ♥ ˛* ˛*
    .°( . • . ) ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
    *(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...
    selamat hari raya maaf zahir dan batin utk semua kawan-kawan ^_^ peringatan buat diri & muslimin-muslimat..raikan hari raya dengan kesyukuran dan ibadat bukan dengan maksiat..mudah2an diri kita dirahmati ALLAH selalu. amin!

      © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP