Ya ALLAH..Ya RAHMAN..Ya RAHIM..

Salam perjuangan...terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ana yang tidak seberapa ini. Namun, apa yang baik itu harap dapat dimanfaatkan dan sebar-sebarkanlah walau 1 ayat. sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH SWT..dan yang kurang itu dari kelemahan ana sendiri. Justeru, tegur-tegurlah jika ada kekhilafan dengan berhikmah. salam ukhuwah fillah wa syukran jaziilan.

PINTU REZEKI

Monday, December 21, 2009

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…
Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari – Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , – rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Wallahuallam. .


[terima kasih kepada sahabat yang forward e-mail ini kepada ana. Justeru, ana sampaikan kepada sahabat2 pembaca sekalian untuk sama2 mengambil apa yang baik dari 'Artikel' ini. Terima kasih juga kepada 'penulis asal'. Semoga ALLAH membalas kebaikan kita di dunia ini. Amin!]

Read more...

Rahsia Bola Hitam & Putih

Monday, December 14, 2009

 Assalamualaikum wbt. kali ini, ana bawakan satu kisah yang sangat 'menyayat hati' untuk pembaca semua. Ambillah apa-apa iktibar yang ada dari cerita ni yer!..hehe. FYI, kisah ni ana dapat daripada e-mail yang di forward seorang sahabat dan ana tak pasti siapa penulisnya.  Kepada penulis, ana minta maaf kerana copy tanpa keizinan. [dah cari tp xjumpa...] ok...SELAMAT MEMBACA!!!


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia tak ada basikal...apa tuan
tak segan?"


Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."
Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak
perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

 Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlaluâ. Kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama
si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..
Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa.Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu
tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu?
Apsal tak bagitau kat
Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si
bapa jadi malu
sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar
negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".


Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."


Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih
untuk kesekian kalinya.


Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa..."trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih"
 


Masa berlalu....Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut.
Si bapa menjadi
sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.
Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka
ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! 


Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!!.
Tetapi si bapa masih kesal...
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam &bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa
dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..
Sehingga
 
tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
 

Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor jeeeee....
 

Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk
bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?
Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2
tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya....bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya
sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu tiba2 kereta diluar kawalan. dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.
Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak
saya? "Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya."Papa, maafkan saya..tidak berhati hati
semasa memandu.." si anak jugamenangis
kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola
putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."


Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam
dan bola putih je kan ?"
Si bapa rasa timing jawapan untuk

persoalannya sudah tepat..., 


"KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan ...?)


Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....
 "sebabnya ....saya.. saya... saya...."

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. 

MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.
Isk!Isk! Isk!...........Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku.


STRESSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
[PERHATIAN!! segala gaya bahasa dalam kisah ini adalah daripada penulis asal dan tiada perubahan dibuat kecuali beberapa 'bab' yang menyentuh sensetiviti penulis.]

Read more...

Bosan : Ibu Kuat Berleter

Monday, October 19, 2009

Assalamualaikum. Ana ingin bawakan 1kisah mengenai Ibu yang suka membebel.

Alkisahnya, ....

 


A-   aku malas ah nak balik rumah. Mak aku tu asyik membebel jer. 24jam dia membebel.bosan arrrr

I-  
laaaa..dia membebel, biaser arrrr

A-  
biasa kau cakap? Telinga aku ni..dah naik kematu tau tak?

I-   nasib baik kematu...kalau takder langsung???

A-  #$%^&*%$

I-   A, aku bukan apa..kau tu beruntung. Sebab kau boleh dengar mak kau membebel.

A-   kau giler ek? Beruntung kau cakap?

I-   yer laaa..beruntung sangat2.

A-   oiiii I, aku rasa kalau telinga aku ni pekak lagi baik. Takyah sakit jiwa dengar mak aku bebel yang bukan2. Sikit punya hal pon dia nak bebel sampai berjam2...

I-   salah kau..memang lah dia bebel.

A-   apa lak aku salah? Ada hari aku tak salah pon kene bebel gak. Apa kes bro!!!

I-   mmm habis tu? Kau nak macammana?

A-   aku kalau boleh, taknak dengar mak aku tu 24 jam pot pet pot pet. Sakit jiwa aku. Sikit-sikit bebel, sikit-sikit bebel. Aku dah naik muak tau!!

Mendengar kata-kata A, I terus berlalu meninggalkannya. Sejam kemudian, seorang kanak-kanak tergesa-gesa menghampiri A lalu mengkhabarkan satu berita yang mengejutkan.

Kk -   abang A...abang A, mak abang...mak abang dah takder!

Mendengar kata-kata kanak-kanak Itu, A terus terduduk tanpa terkata apa-apa. Air matanya berjujurai membasahi pipi. Tiba-tiba A menjerit

A-    makkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!!
 

Tidak lama kemudian, I datang sambil senyum sinis menghampiri A.

I-   kenapa kau menangis macam budak kecik ni?

A-  I....mak aku I..mak aku!!!

I-   kenapa dengan mak kau?

A-   mak aku dah xder...mak aku dah xder.....!!!!  [A meraung-raung macam orang gila]

I hanya tersenyum memandangnya.

I-   kan bagus tu?

A-  #$%^&*^%@#$%^

I-   tadi kan kau mintak taknak dengar mak kau pot pet pot pet 24 jam? Ha, sekarang mak kau dah xder...kau kena gembira la. Doa kau dah Allah kabulkan.

Mendengar kata-kata I, A meraung sekuat hati. Dia menyesal yang teramat sangat.

A-   aku nak mak aku..aku nak mak aku...aku nak dengar mak aku bebel.aku xkisah..aku xkish mak aku nak bebel 24jam pon. Aku tak kisah. Ya Allah..kembalikan Ibuku ya Allah..!!!Aku sayang mak..aku perlukan mak....!!!Mak!!!!!!Jangan tinggalkan A  mak!!!!




A terus menangis dan meraung. Melihat keadaan A, I menghampirinya lalu  menepuk bahunya.

I-   A, bersyukurlah!!!!

A-   macammana aku nak bersyukur? Mak aku dah mati......

I-   mak kau belum mati..aku yang rancang semua ni. Sebab aku nak kau sedar, dan jadi anak yang bersyukur. Kau dikurniakan Allah seorang Ibu. Walaubagaimana sekalipun Ibu Itu, dia tetap menyayangimu.dia tetap tersenyum dan menangis keranamu..dia memasakkanmu makanan, dia mendoakanmu apabila selesai sembahyang...dia menyelimutimu dan merawatmu tika kau sakit...kau bertuah A..sangat bertuah sekalipun Ibumu suka membebel.... [I mengesat air mata yang bergenang di kelopak matanya]

Aku tidak sebertuah kau. Aku dilahirkan dan dibesarkan di rumah anak yatim. Aku takder Ibu...tak pernah merasai kasih sayang Ibu..tak pernah dengar bebelan Ibu..tak pernah merasa sentuhan tangan Ibu...tak pernah sekalipun berpeluang memanggil Ibuku "makkkk!!!!" ....namun aku tetap bersyukur. Aku bersyukur sekalipun hati aku sangat merinduinya....melihat sinar kasih dari mata Ibumu sudah cukup membuatkan rinduku terhadap Ibuku terubat....  [kali ini air mata I bertambah laju. I beberapa kali menyekanya dengan lengan bajunya....]

A  terdiam. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya lagi. Perasaan kesal dan bersalah makin bersarang di dalam hatinya. A nekad, dia tidak mahu ada perasaan tidak baik lagi dengan Ibunya walaupun tatkala si Ibu membebelinya 24jam. Kini di dalam hatinya, berbunga mekar perasaan kasih yang tulus dan Ikhlas terhadap ibu yang selama ini disangkakan membencinya dek kerana bebelan yang tidak henti-henti terhadapnya.






..semoga menjadi iktibar..


Ps: sayangilah Ibu, walaubagaimana sekalipun ibu kita..


Read more...

sahabat...jika esok aku kan pergi!!!

Thursday, October 15, 2009


Sahabat,
jika esok aku kan pergi
jangan ditangisi pemergianku ini
kerana itulah ketentuan ilahi
setiap yang bernyawa pastikan mati
sahabat,
sepanjang perkenalan yang singkat ini
aku berharap
tiada duri yang menyucuk hatimu
tiada racun yang membunuh jiwamu
tiada kaca yang melukakan dirimu &
tiada kata yang menyakiti zahir batinmu
tapi aku hanya insan biasa
tidak terlepas dari melakukan dosa
walau secebis cuma
maafkanlah diriku
sahabat,
andai terbitnya bulan untuk menerangi malam
dan kerlipan bintang menambah keserian alam
begitulah kuharapkan
tika hidupku di dunia ini
ibarat penyeri bak bunga mekar berseri
ibarat penyinar bak sinaran matahari
ibarat peneman yang setia di sisi
semoga,
kenangan ini adalah sesuatu yang memberi erti
kepada iman dan sanubari
walau ku tahu diri ini tak seindah pelangi
sahabat,
andai aku tiada lagi di sini
kenanglah daku dalam doamu
ampuni segala salah silapku
halalkan segala makan minumku
& maafkan keterlanjuran bicaraku
salam sayang dari sahabatmu..selamanya

******************************************************************

Ps: kepada semua sahabat, ana sedar ana banyak dan sering / telah melakukan dosa terhadapmu. Justeru ana pohon jutaan kemaafan. Jika benar hati mu terluka kerana sikapku, aku pohon hukumlah diriku. Aku akan berusaha dan ikhlas menerima apa jua hukuman darimu. Tolonglah…jangan biarkan aku dihukum di sana…sungguh aku tidak mampu menanggungnya...

Read more...

BERILAH AKU CINTAMU

Wednesday, October 14, 2009

Termenung aku di tepi jendela
memandang luas langitMU yang biru
tenangnya, mendamaikan hati resahku
seketika....

Aku ingin seperti mereka
jauh merentas untuk memiliki
cintaMU wahai Pemilik Yang Abadi
namun
aku masih di sini
dan aku
kerapkali jatuh tersungkur
jua aku

sering dikejar keasyikan duniawi
tika aku mula melangkahkan kaki

Ya Allah
aku tercari-cari sinarMU
berilah aku hidayahMU
tunjukkanlah aku jalanMU
bimbinglah aku kepadaMU

Wahai Tuhanku
sungguh hati ini digamit rasa rindu
tatkala kumelihat cinta mereka padaMU
mekar berseri
dan aku
akan terus mencari
hingga aku kembali padaMU ya ALLAH
Rabbul Aa lamin

Berilah aku cintaMU!

Read more...

Kasihnya si ibu ayam

Friday, September 25, 2009


Pada suatu petang yang damai, keluarlah si ibu ayam bersama anak-anaknya yang baru menetas beberapa minggu untuk mencari makan di sekitar reban. Kata si ibu ayam kepada anak-anaknya, 'rezeki ALLAH itu luas dan melata di muka bumi ini. Jika kita hanya menunggu makanan dari tuan kita, kita tidak akan dapat merasai nikmat makanan dari dalam tanah yang luas ini...'
Sedang mereka asyik mengais-ngais tanah mencari cacing, tiba-tiba kedengaran suara sang helang yang terbang dengan lajunya ke arah mereka.
Dengan pantas, si ibu ayam segera menyembunyikan anak-anaknya di bawah paruhnya. Apabila sang helang semakin hampir, si ibu ayam lantas menepis-nepis sang helang sambil mematuknya sekuat hati.
Namun apakan daya si ibu melawan sang helang yang gagah. Si ibu ayam akhirnya dicakar sang helang menyebabkan paruhnya luka.
Kaki si ibu ayam mula lemah. Beberapa kali si ibu ayam terpelecek kakinya namun demi memperjuangkan nyawa anak-anak yang disayanginya, si ibu ayam bingkas bangun dan menguatkan semangatnya menentang sang helang yang kelaparan itu.
Takdir ALLAH menentukan segalanya. Si ibu ayam akhirnya tewas di tangan sang helang. badannya luka dek cakaran kuku sang helang yang tajam itu. Mata si ibu ayam kian pudar namun telinganya masih jelas mendengar deciran anak-anak yang menangis ketakutan.
Si ibu ayam kian lemah dan tiada upaya lagi. kakinya longlai dan dia akhirnya tersungkur di hadapan anak-anaknya. Melihat keadaan si ibu ayam, sang helang bertambah ghairah kerana rezekinya hari ini merupakan si ibu ayam yang gemuk. Lantas, sang helang mengembangkan kukunya lalu mencengkam si ibu ayam lalu menerbangkannya pergi untuk disantap bersama anak-anaknya yang menunggu di sarang.
Saat diterbangkan jauh dari anak-anaknya, si ibu ayam sempat memandang anak-anaknya buat kali terakhir sambil berkata, 'anak-anakku, sesungguhnya ALLAH bersama mereka yang sabar. bersabarlah hai anakku!'
Akhirnya, si ibu ayam hilang di angkasa di bawa sang helang. Tinggallah sendirian anak-anak si ibu ayam mencari makan sendiri.
Perginya si ibu ayam membawa bersama kasihnya yang suci.

P/S: MOGA MENDAPAT PENGAJARAN DAN IKTIBAR DARI KISAH INI. ALLAHUA'LAM.

Read more...

MARI KITA RENUNG BERSAMA....









Read more...

berdoalah kita kepada ALLAH


Sesungguhnya, tiada TUHAN selain ALLAH. marilah kita bersandar dan mengharap hanya pada ALLAH. tadahlah tangan memohon doa dari NYA. sesungguhnya DIAlah Tuhan yang maha berkuasa lagi penyayang.

Read more...

Sunday, August 30, 2009

1
“Ye! Ye! Dapat gula-gula! Ye! Ye!” Apit melompat-lompat kegirangan sambil menari riang bersebelahan Taufik yang sedang sibuk menyiapkan kerja rumahnya. Ditangan Apit juga tergenggam erat batang lolly pop yang masih berbaki. Pasti Apit dapat dari kawan-kawannya.
“Apit, diam la..abang nak buat kerja ni!” marah Taufik. Dia tidak dapat menumpukan perhatian.
Apit yang sedari tadi riang melompat terus berhenti. Dia tahu, kalau dia terus berbuat bising, abangnya akan menarik telinganya yang kecil itu. Dia serik, akibat selalu diperlakukan begitu apabila abangnya marah.
Apit berjalan perlahan menuruni beberapa anak tangga lalu duduk di situ. Matanya jauh merenung langit yang bersinar dek pancaran cahaya matahari. Seketika dia menggenyeh mata yang kepedihan dengan tangannya yang berdebu itu sambil tangan kanannya pula menyuap lolly pop ke dalam mulut. Dia menyanyi-nyanyi lagu alif ba ta’ dengan sebutan pelatnya.
“Apit buat apa tu, sayang?” Tiba-tiba kedengaran suara ibu dari bawah rumah. Apit bangun menuruni tangga lantas berlari ke arah ibu yang sedang menggendung bakul berisi buah kelapa lantas memeluknya.
“ish Apit ni, nasib baik buah kelapa ni tak jatuh tau. Kalau timpa atas kaki Apit, berdarah, ha siapa yang sakit?” usik ibu. Apit tunduk lalu membelek-belek kakinya.
Melihat kelakuan Apit itu membuatkan si ibu tersenyum. Kepala Apit diusapnya berkali-kali setelah bakul yang berat tadi diletakkan di atas tanah.
“Apit makan apa ni?” Soal ibu. Dia duduk bersandar pada tiang rumah sambil mengibas-ngibas mukanya dengan surat khabar lama kerana kepanasan.
Apit mengeluarkan lolly pop dari dalam mulutnya dan di suakan ke mulut ibu.
“eh, ibu puasa la, mana boleh makan” Kata ibu. “ Apit ambik mana ni?” Soal ibu kembali.
“ Ijam bagi Apit. Ijam tak nak makan ni lagi!” Terang Apit. Si ibu hanya menggelengkan kepalanya.
“Apit, lain kali jangan ambil hak orang lain tau. Tak baik. Nanti ALLAH marah. Lagipun, Apit kan dah besar, dah empat tahun!” Kata ibu tua itu lembut.
“ibu, kenapa ALLAH marah? Apit tak curi, kawan Apit bagi Apit!?” Terang Apit bersungguh-sungguh.
“ALLAH marah kalau kita suka minta-minta dekat orang. Kalau kita mencuri, lagi ALLAH marah tau!?” Terang ibu penuh sabar. Begitulah kebiasaannya, dia akan melayan karenah si anak bila ada masa terluang.
“ibu, Apit janji tak ambik lagi tau. Nanti Apit minta maaf dekat ALLAH, lepastu ALLAH tak marah Apit lagi, kan ibu?” Jawab Apit terus menggumam lolly pop yang hanya tinggal batang itu.
“Apit..Apit, ada-ada jer la anak ibu ni. Eh, mana abang?” Si ibu menjenguk ke bawah rumah dan halaman mencari anak lelaki sulungnya itu.
“atas.” Jawab Apit ringkas sambil menudingkan jarinya ke arah beranda.
“abang buat apa? siapa yang mandikan Apit ni?” Ibu tua itu memandang tepat wajah comel si anak. Baju si anak dibetulkan sambil mengibas pasir yang melekat.
“Apit mandi sendiri la” jelas Apit lalu mengekori si ibu masuk ke dalam rumah.
“kasihan anak ibu mandi sendiri yer, Apit dah makan dah?” Tanya ibu sambil mengusap kepala Apit.
“Apit tunggu ibu. Apit nak makan dengan ibu.” Jawab Apit sambil memeluk ibu.
“dah tu, Apit pergi panggil abang, nanti ibu suapkan Apit makan yer.” Arah ibu. Apit hanya menurut. Dia memanjat anak tangga menuju ke ruang tamu untuk memanggil abang tunggalnya itu. Apit berasa kurang selesa setiapkali di arahkan memanggil abangnya tatkala si abang sibuk melakukan sesuatu malahan dia telah membuatkan si abang marah kerana berbuat bising seketika tadi. Apit takut telinganya ditarik lagi.
“a..aa..abang, ibu panggil.” Apit memanggil dari jauh. Suaranya juga agak tersekat-sekat memanggil si abang.
“jangan kacau abang. Abang sibuk ni!” marah Taufik namun Apit terus memanggil-manggil namanya.
“ish budak ni, nanti abang tarik telinga kang!.” Apit segera memekup telinganya. Dia lantas berlari mendapatkan ibu yang sedang memanaskan makanan untuknya.
“ha, dah tu, jangan berkasar sangat dengan adik, tak baik. Cepat bersiap dah dekat pukul dua ni. Kata ada kelas tambahan kat sekolah!” ibu memperingatkannya dengan suara yang cukup lembut.
Taufik melihat jam di dinding. Dia hampir-hampir terlupa mengenai kelas tersebut. Tanpa berlengah, dia terus bersiap dan bergegas ke bawah rumah mengambil basikal buruknya itu untuk ke sekolah.
“abang, nanti belikan Apit gula-gula tau!” Jerit Apit dari atas rumah.
“puasa lah, mana boleh makan?” Balas Taufik sambil mengayuh perlahan basikal tuanya itu.
“Apit nak jugak. Abang belikan tau!” Jerit Apit lagi sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Taufik. Taufik hanya mengangkat tangannya tanpa menoleh ke arah Apit sambil terus berlalu.
Si ibu yang melihat gelagat anak-anak hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tahu, walaupun Taufik bersikap tegas dan suka mengusik adiknya, namun jauh di sudut hati, dia sangat sayang pada adik tunggalnya itu. Jika Apit dibuli budak-budak kampung itu, Taufiklah yang akan membantunya. Malah, jika dia bermain bola, dia akan turut membawa Apit bersama. Cuma kadang kala kenakalan Apit membuatnya sedikit geram dan telinga si kecil itu akan ditariknya.

2
Petang itu cuaca cerah. Angin yang memukul lembut terasa nyaman sekali.
“Apit mana bu?” Soal Taufik setelah mendapati adiknya tiada di dalam rumah.
“Apit ada kat bawah pokok sana tu. Merajuk!.” Jawab ibu sambil tangannya ligat menguli tepung untuk di buat kuih.
“merajuk? Kenapa pulak bu? Bergaduh dengan kawan-kawan dia ker?” Soal Taufik kehairanan.
“tadi kakak si Ijam tu belikan dia kasut baru. Ye lah, nak raya! Apit Nampak Ijam pakai kasut tu masa bermain tadi, dia pun nak kan jugak kasut macam tu. Mana mampu ibu nak belikan kasut mahal-mahal macam tu Taufik! Habistu, merajuk lah dia.” Cerita ibu.
Taufik tersenyum sendiri melihat keletah adiknya itu. Yelah, budak-budak. Mana dia tahu kesusahan yang dialami ibu. Cuma apa yang dia tahu, nak kan itu dan ini. Fikir Taufik.
“Apit, abang nak pergi kedai, nak ikut tak?” Soal Taufik setelah merapati Apit yang sedang bermain di bawah pokok di halaman rumahnya sendirian itu. Dia berhasrat mahu menghiburkan hati si adik.
Apit hanya membungkam sambil jari-jemarinya menguis-nguis tanah.
“abang nak pergi kedai kat hujung kampung sana tu. Ada macam-macam tau Pit. Ada coklat, ais krim, keropok, gajah pon ada tau.” Taufik cuba memancing sambil berseloroh. Namun, tetap tiada respon dari Apit.
“tak nak pergi sudah. Nanti siapa yang rugi? Aaaaa…pit jugak yang rugi. Abang nak belanja ais krim tak nak ikut pulak, jual mahal….” Taufik cuba memancingnya lagi. Namun Apit sedikitpun tidak mengendahkannya. Wajahnya terus mencuka. Taufik akhirnya mengalah.
‘ah, kejap lagi ok lah tu!’ fikir Taufik di dalam hati lantas meninggalkan adiknya sendirian.

3
Sudah seminggu Apit demam. Bila tidur, dia asyik meracau merengek nak kan kasut baru. Puas ibu memujuk namun dia tetap mahukan kasut baru itu. Memikirkan keadaan ekonomi keluarga mereka yang ibarat kais pagi makan pagi itu memang mustahil untuk membelikan Apit kasut baru.
Taufik termenung di tangga. Dia tahu, sudah dua tahun Apit tidak bertukar kasut dan baju raya baru. Taufik menoleh memandang adiknya yang terbaring lesu di atas tikar mengkuang di ruang tamu. Perasaan kasihan timbul di dalam hatinya. Seketika matanya merenung pula wajah tenang ibu yang sedang menuam tuala di kepala Apit.
Taufik menarik nafas panjang. Terasa berat membiarkan ibu memikirkan bagaimana untuk mencari duit agar dapat membelikan adik kasut yang diinginkannya itu. Taufik nekad, dia akan berusaha keras mengumpul wang dan membelikan Apit kasut baru.
Malam itu, selesai solat terawih di surau, Taufik segera pulang ke rumah. Kelihatan ibu sedang menjahit baju tempahan penduduk kampung. Beberapa hari ini ibu tidak dapat berjemaah di surau dan hanya berterawih seorang diri di rumah kerana menjaga Apit. Dengan masa yang ada, ibu akan gunakan untuk menyiapkan tempahan tersebut. Itulah sumber pendapatan ibu selain menjual kuih dan mengusahakan kebun peninggalan arwah datok tiga tahun lalu.
Taufik melabuhkan punggungnya di sisi Apit yang nyenyak tidur itu. Perlahan-lahan dia mengeluarkan buku sekolah lalu menyiapkan kerja rumah yang belum siap itu.
“Afik, minggu depan tolong ibu pergi bandar yer.” Pinta ibu tiba-tiba. Taufik berhenti menulis dan memandang ke arah ibu.
“nak buat apa ibu pergi bandar?” Soal Taufik kehairanan.
“belikan adik kasut raya” jawab ibu sambil meneruskan kerjanya itu.
“tapi bu, kasut tu kan mahal? Dari mana nak dapat duit beli kasut tu?” Soal Taufik lagi.
“tadi ibu jual sayur dari kebun datok, campur duit jualan kuih yang Afik jual petang-petang tu, cukuplah buat belikan adik kasut baru.” Terang ibu.
Taufik terdiam. Jauh di dalam hati dia berasa kagum dengan kegigihan ibu.

4
Apit bangun awal pagi itu. Dia mengikut ibu ke kebun kerana Taufik belum pulang dari sekolah. Bila sahaja diberitahu mahu belikan kasut raya, Apit terus bersemangat dan demamnya juga mula beransur pulih. Malah hatinya begitu gembira sekali. Berkali-kali dia menyanyikan lagu ‘selamat hari raya’ sambil melompat-lompat riang. Ibu tersenyum melihat gelagatnya itu.
Matahari kian terik. Selepas pulang dari sekolah, Taufik terus ke kebun mencari ibunya. Dia mahu membantu ibu yang sejak pagi mengusahakan kebun itu. Kelihatan Apit sedang tidur di dalam pondok rehat dengan hanya beralaskan kain batik ibu yang kian lusuh. Mesti dia keletihan akibat banyak bermain. Sementara ibu kelihatan sibuk membuang daun-daun pisang yang layu di hujung kebun.
Sungguh tiada erti penat bagi ibu meskipun di bulan puasa. Walaupun cuaca panas terik, ibu cekal mengusahakan kebun itu tanpa mengeluh sedikitpun. ‘kalaulah ayah masih ada, tentu ibu tak perlu susah payah cari rezeki macam ni’ fikir Taufik sendiri. Hatinya sayu mengenangkan nasib ibu setelah ayah pergi meninggalkan mereka dua tahun lalu.
Sedang sibuk melayani perasaanny sendiri, kedengaran suara ibu mengaduh sakit. Taufik segera berlari ke arah ibu. Dia terkejut melihat kaki ibu berdarah dengan banyaknya. Dengan pantas, Taufik membalut kaki ibu yang terkena parang itu dengan baju yang dipakainya.
“ibu, tahan bu, Afik bawak ibu pergi klinik.” Kata Taufik cemas. Dia memapah ibu ke pondok rehat.
“tak payah Afik, bawak ibu balik rumah. Lepas sapu minyak angin nanti baiklah kaki ibu ni.” Balas ibu dengan suara yang bergetar menahan sakit.
Taufik membantah namun ibu tetap berkeras tidak mahu ke klinik. Taufik tahu, pasti ibu bimbang dengan bayaran ubat yang mahal. Ibu tidak mahu wang untuk membeli kasut adik digunakan untuk membayar ubat bagi merawat kakinya. Ibu tidak mahu merampas kegembiraan adik semata-mata demi kesihatannya. Taufik sangat sedih melihat ibu kesakitan namun terpaksa akur dengan kata-kata wanita mulia itu.
Sudah beberapa hari ibu tidak ke kebun. Luka di kaki ibu juga kian parah. Kaki ibu semakin bengkak dan bernanah. Melihat keadaan ibu, hati Taufik menjadi sayu.
Petang itu, dia hanya duduk di anak tangga memikirkan keadaan ibu. Sejak ibu sakit, dia tidak lagi menjual kuih. Dengan duit zakat fitrah yang diterimanya dari sekolah beberapa hari lalu, digunakan untuk menampung perbelanjaan harian sejak ibu tidak bekerja. Dia mengira-ngira baki duit tersebut untuk membelikan ibu ubat di klinik. Tetapi dengan baki sebanyak rm24 ringgit itu, sudah pasti tidak mencukupi. Jika dicampur dengan duit yang ibu beri beberapa hari lalu buat belikan kasut raya untuk Apit, kemungkinan sudah mencukupi. Namun, ibu pasti marah dan Apit akan bersedih lagi jika tidak dibelikan kasut itu nanti.
Taufik resah. Dia tidak ada daya untuk membantu ibu mendapatkan duit perubatan. Dadanya terasa berat dengan masalah yang menghimpit. Kalaulah Apit mengerti kesusahan yang dihadapinya kini, pasti segala-galanya mudah. Fikir Taufik sendiri.
Taufik mengeluh panjang sambil melepaskan pandangannya jauh di halaman. Kelihatan Apit sedang sibuk membersihkan basikal buruknya. Entah apa yang hendak dibuat dengan basikal yang sudah lama tidak digunakan itu. Ini menimbulkan tanda tanya di hati Taufik. Dia bingkas bangun dan menghampiri Apit.
“Apit buat apa ni?” Soal Taufik lalu duduk disebelah Apit yang ligat membersihkan tayar basikal.
“Apit cuci basikal” jawab Apit meneruskan kerjanya.
“abang tau la Apit cuci basikal. Tapi nak buat apa dengan basikal ni?” Soal Taufik kembali.
“Apit nak jual.” Balasnya.
Tercengang Taufik mendengarnya.
“nak jual? Kenapa Apit nak jual basikal ni? Basikal ni kan dah rosak, tak boleh digunakan lagi. Siapa yang nak beli?” Soal Taufik panjang lebar.
“abang!” Apit bangun dan duduk di riba Taufik.
“yer!” Taufik memandang wajah Apit menanti penjelasan si kecil itu.
“Apit nak jual basikal ni. Apit nak cari duit nak bagi ibu. Nanti ibu boleh beli ubat. Ibu tak kan sakit lagi kan abang?” Terang Apit. Di kelopak matanya ada air yang bergenang.
Tercengang Taufik mendengarnya. Perasaan terharu juga menerjah lubuk hatinya.
“abang, Apit dah tak nak kasut baru lagi. Apit suka kasut ni. Kasut ni Apit dah cuci tadi. Dah bersih dah. Nanti raya, Apit boleh pakai kasut ni macam dulu. “ sambung Apit lagi sambil berlari ke arah selipar lama yang dijemurnya tidak jauh dari situ.
Sekali lagi perasaan terharu melanda jiwanya. Dia sebak mendengar kata-kata adik yang selama ini disangkanya tidak memahami kesusahan yang ditanggungnya dan ibu. Taufik menghampiri Apit lantas memeluknya erat dan menciumnya berkali-kali. Air matanya berjuraian. Dia benar-benar terharu dan bangga dengan pengorbanan si kecil itu.
“terima kasih Apit, terima kasih!abang sayang Apit.” ucap Taufik sambil mencium adiknya berkali-kali. ‘terima kasih Ya ALLAH!’. Ucapnya di dalam hati. Sambil memandang ke langit, Taufik menitikkan air mata kesyukuran.


p/s: Sambutlah perayaan dengan rasa kesyukuran. Jangan kita membazir dan melampaui batas dalam menyambut aidilfitri. Ingatlah mereka yang tidak mampu dan hidup dalam cengkaman kemiskinan. Sungguh kita sudah terlalu berlebih-lebih dalam urusan duniawi ini.BERINGATLAH KITA!! ;)

Read more...

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan

Monday, August 24, 2009

assalamualaikum semua. jom kita ambik masa 5 minit utk membuat checklist ini. semoga bermanfaat.

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

sumber di sini--<@ http://www.iluvislam.com/v1//////readarticle.php?article_id=1880

Read more...

GANJARAN PUASA

Wednesday, August 19, 2009

assalamualaikum
ini ada sedikit info mengenai ganjaran berpuasa dan amalan soleh..
ana petik dari kitab 'ihya' ulumiddin' dari Imam Al-Ghazali jilid 2.

puasa mempunyai kedudukan yg istimewa, dengan disandarkan hanya kepada ALLAH SWT bila dibandingkan dengan rukun-rukun islam yang lain. Firman ALLAH SWT menurut yang diceritakan Nabi SAW, maksudnya;

"tiap-tiap perbuatan baik pahalanya 10x sampai kepada 700x selain daripada puasa. maka puasa itu adalah bagiKU dan AKU akan membalasinya." dirawikan Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

Bahawa sesungguhnya ALLAH TAALA membanggakan pada para malaikatNYA dengan seorang pemuda yang banyak beribadah.; firmanNYA

"wahai pemuda yang meninggalkan hawa nafsumu keranaKU dan menyerahkan masa mudamu untukKU, engkau pada sisiKU adalah seperti sebahagian para malaikat." dirawikan Ibnu Uda dari Ibnu Mas'ud dengan sanad dla'if.

Allahua'lam.
jazakallah

Read more...

Cara Hilangkan Marah

Monday, July 6, 2009


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau inggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata mujahid di dalam sebuah bait syair

"takdir allah telah putus dan putusan allah telah terjadi. Istirehatkan hati

dari kata-kata "barangkali" dan "kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada allah dengan mengucapkan " inna lillahi wainna lillahi raji'un.".

Pernah ditanya ahnaf bin qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " aku belajar dengan qais bin asim iaitu
pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi
yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia.

Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu."

begitulah sopan santunnya dan pemaafnya qais bin asim" kata ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya qais tidak menyayangi anaknya tetapi qais memandang segala kejadian itu adalah dari allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari allah. Yang bila sampai ketikanya allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) mula-mula kita perlu malu dengan allah s. W. T akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

C) banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada allah agar allah selamatkan kita
daripada sifat marah.

D) hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

E) cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya
lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan
yang marah.

F) apabila datang marah, banyakkan baca ta'awwuz ( a'uzubillahi minas syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

G) apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

H) jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada
tidur

i) tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

DIPETIK DARIPADA: ARTIKEL SAHABAT.

Read more...

Mandi wajib yg betul

Monday, June 29, 2009

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh

dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukannya mestilah

mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu

tidak akan sah.


Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di

badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.


"Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah

Taala."


Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."


Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke

mana2 bahagian anggota badan.


"Bagi perempuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku

menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yg

habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas

nifas kerana Allah Taala".


Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya selepas dia

telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya

tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia

mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat

sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi

wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pada

badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada

najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertinya

mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh

anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan,

sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau

disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul itu

wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh

kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu

bernajis,ia wajibla dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg boleh menghalang

sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu

wajiblah dibuang.

Membuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorg itu diwarnakan dgn pewarna selain

inai,mandi wajib sesorg itu tidak sah.

"Oleh itu, seseorg yg mewarnakan rambutnya dgn pewarna selain inai,

jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pd rambutnya

terlebih dahulu. Tapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..ini

lah yg rumitnya. Sedangkan pewarna pd rambut itu sebenarnya tidak boleh

dibuang begitu mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pewarna pd rambutnya

tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air

sampai ke rambut. Ini berbeza dgn inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,

tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air erthalang ke

rambut."

"tapi dalam hal ini, jgn pula ada yg salah paham. Sebenarnya pewarna

itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak

bernajis, bukan lah bermaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini,

sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.

Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun

mandi wajib seperti yg telah saya nyatakan ini adalah merupakan

perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan

perhatian yg serius oleh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, ustaz hj mat jais

menegaskan, sebab2 nya terdiri drpd 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki

dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,

keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya meelibatkan kaum

perempuan s ahaja,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan

anak(wiladah).

"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama

ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestinya

mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin

beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu malam, jika tidak

mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah

sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh.

sumber: email sahabat2.
[jika ada kekhilafan, tegurlah ana]

Read more...

Do You Dare to Fail???

Sunday, June 28, 2009

Bad may not be bad, it may be good;
good may not be good, it may be bad.


"every adversity, every failure, every handicap, every physical ailment, every unpleasant circumstance and experience carries with it the seed of an equivalent benefit, often in some hidden form"
***
An old man once lost a horse. His neighbours all came to console him. But the old man said. "it may turn out to be a good thing." A few months later, the horse came back by itself and brought another fast horse with it. The old man's neighbours this time came to congratulate him. But he said, "This may turn out to be bad."

One day, the old man's son went out riding on the fast horse. the horse ran too fast, and his son fell down and broke his leg, became crippled and handicapped.

[So, what do you think, is it a bad thing?]

years later, the country was at war with its neighbours. All abled bodied youths were drafted to become soldiers. Many of the youths died in that war except the old man's son.

[so, what do you think, is it a good thing?

'every failure is a lesson that drives a person to try a new approach never tried before.'

source:Dare to Fail book-best seller. Writer: Billi P.S. lim

Read more...

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Monday, June 8, 2009

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Al-Ikhlas

Al-Masad
1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!
2. hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang.
4. dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
5. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.

An-Nas
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Bacaan ketika Ruku'
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan I'tidal
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika Sujud
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika Duduk diantara 2 Sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut [solat subuh]
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Read more...

"nama jer budak Universiti, tapi TANAM ANGGUR..kesian!!!!"

Saturday, May 30, 2009

SITUASI 1

"Eh Nur, dari mana ni?" tanya seorang mak cik yang kebetulan terserempak dengan aku sewaktu membeli barang di sebuah kedai runcit.

"Baru balik kerja mak cik!" jawabku lembut sambil menguntum senyum.

"balik kerja? Kau dah dapat kerja ker? Kerja apa?" soal mak cik itu bertubi-tubi. Beliau sememangnya diketahui umum suka menyibuk hal orang lain.

"Saya mengajar mak cik. Dekat sekolah agama!" terangku bersahaja.

"sekolah kerajaan ka? berapa dia bayar?" soalnya lagi. kali ini lebih dalam hingga menyentuh soal gaji.

Aku menggelengkan kepala. " Bukan sekolah kerajaan, ini sekolah swasta mak cik. Gaji tu tak lah banyak mana, kalau kata nak jadi kaya tu memang mustahil la, tapi insyaALLAH cukup untuk hidup." jelasku.

"hmmm nasib kau la Nur, dah tiga tahun kau habis belajar tapi takder jugak lagi kerja. memang susah nak kerja dengan kerajaan ni, sabor jerlah yer!!" kata mak cik itu seolah-olah bersimpati dengan nasibku.

SITUASI 2

Sudah menjadi kebiasaan, jika ada cuti umum, keluargaku akan pulang dan berkumpul di kampung. Berbagai cerita keluar dari mulut mereka hinggalah menyentuh bab aku.

"Si Nur tu buat apa sekarang ni?" tanya seorang ibu saudaraku pada ibuku.
"Buat apanya, menganggur jugak la...tak dapat-dapat lagi kerja!" jawab ibu sedikit kecewa.
"ai, dah lama kan dia tamat belajar, tak kan dia tak kerja lagi?" ibu saudaraku hairan.
"kerja tu memang la dia kerja. Tapi sekadar mengajar kat sekolah agama dengan gaji yang tak seberapa, belum dapat lagi kerja yang sesuai dengan kelulusan dia tuuu..!" terang ibuku.
"sekarang ni memang susah nak dapat kerja. Ramai bebudak U menganggur, kalau dapat kerja pun kerja yang biasa-biasa ja macam jadi kerani, cikgu sementara, kerja kilang, buruh kasar tak pun buat kerja sendiri macam tusyen!"

***
Inilah lumrahnya yang berlaku. Orang ramai menganggap budak-budak Universiti harus mendapat kerja / kerja dengan kerajaan tak pun kerja yang bergaji besar macam jadi manager kat kilang besar. Kalau setakat kerja biasa dengan gaji yang biasa...itu masih dianggap menganggur.

Apa sebenarnya maksud dan definisi menganggur?

Menurut Kamus Dewan, menganggur maksudnya = tiada pekerjaan / tidak bekerja.

Apakah dengan bekerja sebagai kerani, buruh kasar, mengajar tusyen, mengajar di sekolah agama atau jual burger dikatakan tidak bekerja = menganggur? Adakah golongan seperti ini dianggap tidak mempunyai masa depan?

Sungguh ini pemikiran yang agak conservative dan boleh menjatuhkan semangat para graduan yang bekerja di sektor / aliran sebegini. Bukan mudah sebenarnya untuk mereka melalui keadaan ini. Graduan mana yang tiada keinginan untuk menduduki kerusi setaraf dengan kelayakan mereka? Penat berjuang di Universiti bertahun-tahun dengan thesis, assignment, workweek, etc... siapa yang tidak mahu jawatan selayak certificate yang kini sudah berjaya dalam genggaman???

Seharusnya, masyarakat terdekat menyokong dan memberi sokongan kepada graduan seperti ini. Bantu mereka merangkak dan jangan dimarah jika mereka jatuh ketika cuba berjalan. Biarlah langkah pertama ini mengambil masa yang lama agar mereka tidak lelah ketika kaki sudah mula bergerak pantas.

Para graduan, pemegang diploma, ijazah, PHD[mb]... mulakanlah langkah anda dari merangkak terlebih dahulu. Walau ada suara yang menggoyah semangat anda, teruskan melangkah.

Teringat kata seorang tokoh...[Dato' Fadhilah Kamsah]
walaupun bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di warong sekalipun, itu juga dianggap satu pekerjaan. Justeru tiada istilah menganggur jika anda bekerja sebagai 'tukang cuci / penjual nasi lemak'. Itulah permulaan bagi perjalanan anda yang masih jauh. Apa yang penting, lakukan dengan niat kerana ALLAH disusuli usaha yang bersungguh-sungguh dan teruskan perjalanan.

Biar orang nak kata... 'nama jer budak Universiti, tapi TANAM ANGGUR jer..kesian!!!' asal anda tahu di mana anda bergerak dan pastikan laluannya menuju ke puncak kejayaan.
&
Kepada graduan yang masih belum bekerja..[yang masih lepak-lepak di rumah] mulai saat ini keluarlah dari sarang anda untuk mencari rezeki yang sememangnya bertebaran di muka bumi yang luas ini dengan langkah yang pertama.

BERSABAR..BERUSAHA dan BERTAWAKAL kepada ALLAH, insyaAllah DIA akan permudahkan jalan kita.

INGAT!!! 'Jangan berhenti sebelum sampai di perhentiannya'

Read more...

masih untuk direnungkan oleh mata hati kita... :)

TolongLAH!!TolongLAH!! tegaKAH kita tidur dalam kekenyangan dan hidup dalam kemewahan sedangkan mereka di 'sana' mati kelaparan???? tegaKAH ANDA???? *************************************************************** AIR MATA PALESTIN

About This Blog

★˛˚˛*˛°.˛*.˛°˛.*★* *★* 。*˛.
˛°_██_*.。*./ ♥ \ .˛* .˛。.˛.*.★* *★ 。*
˛. (´• ̮•)*.。*/♫.♫\*˛.* ˛_Π_____.♥ Selamat Hari Raya ♥ ˛* ˛*
.°( . • . ) ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
*(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...
selamat hari raya maaf zahir dan batin utk semua kawan-kawan ^_^ peringatan buat diri & muslimin-muslimat..raikan hari raya dengan kesyukuran dan ibadat bukan dengan maksiat..mudah2an diri kita dirahmati ALLAH selalu. amin!

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP