hadis pilihan....untuk renungan bersama. InsyaALLAH
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".

 H.R. Ibnu      Majah
     Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".
H.R. Ibnu      Ady 
     Keterangan
                
Begitu pula halnya      dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas      beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini      meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya      tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti.      Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.       
Gejala yang sebegini      rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat      ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula      adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.     Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:           
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
-        
 Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
 
-        
 Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
 
-        
 Zakat dijadikan hutang.
 
-        
 Suami memperturutkan kehendak isteri.
 
-        
 Anak derhaka terhadap ibunya,
 
-        
 Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
 
-        
 Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
 
-        
 Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
 
-        
 Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
 
-        
 Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
 
-        
 Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
 
-        
 Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
 
-        
 Para artis-artis disanjung-sanjung.
 
-        
 Muzik banyak dimainkan.
 
-        
 Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
 
Maka pada ketika      itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka      akan dirobah menjadi makhluk lain".
MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".           

H.R      Termizi 
     Keterangan 
Golongan yang      dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama      sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama      untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia      dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan      kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan      alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan      tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan      kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.                
Mereka akan dilanda kekusutan      pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun      akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang      meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.     
sumber: di sini --> http://www.pekida.org/hadis40

0 apa kata anda..!:
Post a Comment