Ya ALLAH..Ya RAHMAN..Ya RAHIM..

Salam perjuangan...terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ana yang tidak seberapa ini. Namun, apa yang baik itu harap dapat dimanfaatkan dan sebar-sebarkanlah walau 1 ayat. sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH SWT..dan yang kurang itu dari kelemahan ana sendiri. Justeru, tegur-tegurlah jika ada kekhilafan dengan berhikmah. salam ukhuwah fillah wa syukran jaziilan.

DOA MELEMBUTKAN HATI

Wednesday, February 15, 2012

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.

HATI adalah  penting kepada jiwa manusia  untuk membentuk diri menjadi insan yang BERIMAN DAN BERTAQWA. Tanpa hati, maka akan matilah jiwa manusia itu. Bagaimana sekiranya hati itu menjadi keras? Degil, dan tidak mahu mendengar ayat-ayat ALLAH? sudah pasti jiwa akan merana dan tidak berasa bahagia. 

ALHAMDULILLAH...sesungguhnya ALLAH MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG. Bersama-sama ayat al-Quran itu ada penawar buat hati yang keras dan layu. 

Ini antara doa-doa pelembut hati yang diambil dari Al-Quran, kitab yang diturunkan kepada Rasulullah buat sekelian umat agar menjadi panduan bagi kehidupan ini. inyaALLAH, mudah-mudahan memberi 1000 manfaat.

DOA PELEMBUT HATI.


1- untuk melembutkan hati khususnya anak-anak.
Ø¥ِÙ†َّÙ‡ُ Ù…ِÙ† سُÙ„َÙŠْÙ…َانَ ÙˆَØ¥ِÙ†َّÙ‡ُ بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِØ£َÙ„َّا تَعْÙ„ُوا عَÙ„َÙŠَّ ÙˆَØ£ْتُونِÙŠ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ِينَ

Maksud Ayat :-Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".

2- Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat:
Surah Ibrahim ayat 40-41

Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian sorang-orang mukmin pada hari hisab nanti"

3- Ayat ini jika ditulis di atas roti (dengan jem dan sebagainya) diberi makan kepada isteri yang derhaka, anak yang degil dan binatang yang liar. InsyaAllah menjadi jinak dan mendengar segala perkataannya. 
 Surah Ali Imran: Khasiat ayat 200 - akhir surah Ali-Imran