Ya ALLAH..Ya RAHMAN..Ya RAHIM..

Salam perjuangan...terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ana yang tidak seberapa ini. Namun, apa yang baik itu harap dapat dimanfaatkan dan sebar-sebarkanlah walau 1 ayat. sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH SWT..dan yang kurang itu dari kelemahan ana sendiri. Justeru, tegur-tegurlah jika ada kekhilafan dengan berhikmah. salam ukhuwah fillah wa syukran jaziilan.
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Monday, September 27, 2010

 
karya sahabat: Shahrul Nazmi bin Mat Sahar 
* * * * * * * * * * * * *  

 CINTA adalah pertalian kasih dan sayang yang merangkumi bahagian-bahagian spiritual, emosi, fizikal dan intelektual antara pecinta dengan yang dicintanya. Cinta adalah kemahuan, keasyikkan, tarikan, kerinduan, keresahan yang terhasil daripada kerterikatan kepada sesuatu. Cinta adalah perkongsian kegembiraan dan penderitaan, menuntut kemuliaan hati, kasih dan sayang, dan rasa hormat kepada yang dicintai. Cinta adalah kesabaran dan ketaatan kepada yang dicintai. CInta adalah rasa paling seni dalam hati.

Cinta.

Aku masih berdiri di atas lantai lubang gelap. Aku dongak ke atas. Semuanya gelap di luar sana. Tapi di sebalik gelap itu, mesti ada terangnya cahaya. Mesti. Aku tahu dengan sangat. Memang sakit untuk jatuh sedalam ini. Memang perit untuk keluar pula ke sana. Tetapi aku mesti kerana ada yang manis akan menjemputku. Itu janji Tuhan. Jadi aku mesti keluar dari sini.

Mengapa. Itu bukan soalnya tetapi bagaimana itu yang aku mesti tanyakan. Bagaimana aku harus keluar sedang semuanya gelap. Sedang semuanya susah. Sedang semuanya sakit. Untuk apa. Untuk apa aku mesti keluar. Untuk apa aku mesti bersakit. Untuk apa aku harus bersusah. Bagaimana dan untuk apa mesti aku berfikir mesti aku fahamkan. Tarbiah. Ya, aku harus.

Aku cuba memanjat.

“Cinta adalah kemahuan kepada tarikan seksual dan nafsu”. Aku terjatuh.

Aku cuba kembali.

“Cinta adalah perjuangan untuk menyempurnakan dan memenuhkan ego-ideal manusia,” Aku terjatuh lagi sekali.

Aku cuba memanjat sekali lagi.

“Cinta adalah berpaksi kuat kepada keintiman, nafsu dan kehendak,”. Aku jatuh sekali lagi. Lebih kuat. Lebih sakit.

Aku terbaring di lantai lubang gelap. Aku pandang ke atas. Gelap. “Kenapa aku gagal memanjat?”. Berfikir. Berfikir. Berfikir. Aku pejamkan mata. Aku biar tubuh dibasah keringat dan air mata. “Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan, [1.5]”. Aku pejamkan mata lebih erat. Suara. Di mana suara yang selalu datang. Aku perlu pertolongan. Aku butuh bantuan.

“Suara. Suara. Suara,”. Aku memanggil. Memanggil. Diam. Tiada balasan.

“Suara. Suara. Suara,”. Sepi.

“Suara. Suara. Suara,”. Memanggil lagi.

“Aku tidak pernah betah menolong engkau. ‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk,’ [2:45]”. Terdiam. Aku terdiam.

“Ya. Tuhan. Aku masih punya Tuhan. Aku masih punya Dia. Tetap akan ada Dia. Dia tetap akan ada,”. Aku pejam mata.

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [22:46]”.

Aku pejamkan mata. Aku cuba bukakan mata hati. Mata hati di dalam dada.

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar [2:153],”.

Mata di dalam dada aku paksakan untuk buka. Aku buka suara “….sesungguhnya aku ditimpa kesusahan(penyakit), sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani [21:83], maka kasihanilah aku ya Allah. Bantulah aku ya Allah”. Aku buka mata hati di dalam dada dengan merayu. Dengan meratap. Dengan berharap. Berharap dengan sangat.

Celik. Aku buka mata pada muka. Aku lihat ada terang. Ada cahaya datang. Ada cahaya terang. Ada cahaya terang yang datang. “Tarbiah. Berikan aku tarbiah. Aku ingin menangkan perang ini ya Allah,”.

Aku cuba berdiri.

“…’Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami....’ [2:250],”.

Aku berdiri. Aku sapu tanah dari pakaian. Aku sapu debu dari badan. Aku sapu air mata dari tangisan. Aku berdiri. Aku dongakkan kepala ke atas. Aku angkat tangan kanan dan letakkan di muka lubang gelap.

Bismillahirohmanirrohim,”. Aku kerahkan kudrat pada tangan kanan menarik tubuh ke atas. Aku kerahkan keringat dan tangan kiri menolak tubuh ke atas.

“Cinta adalah unsur yang menyenangkan dan memberi tarikan dalam hati manusia dan membawa kepadaNya”.

Aku panjat setingkat lagi.

"Cinta adalah penyatuan jiwa-jiwa (roh-roh) yang terpisah di alam nyata yang dipengaruhi unsur-unsur kewujudan yang Maha Agung, Allah”.

Aku panjat setingkat lagi.

“Cinta adalah sesuatu yang mempertingkatkan kuasa dalam diri. Cinta adalah indah, mengkagumkan dan menyempurnakan kemanusian,”.

Aku panjat setingkat lagi.

“Cinta adalah sesuatu yang suci yag diilhamkan Tuhanmu. Sesuatu yang tenang, utuh dan mendekatkan kamu dengan Tuhanmu kerana kamu mensyukuri RahmatNya, Cinta sebenar cinta ialah mencintaiNya. Mencintai RasulNya keranaNya. Dan mencintai kaum keluarga RasulNya kerana mencintai RasulNya.”.

Aku panjat setingkat lagi. Aku terus memanjat dan memanjat. Aku tidak jatuh lagi. Aku tak ingin jatuh lagi. Aku tak akan jatuh lagi jika Dia yang aku cari di atas sana. Aku terus memanjat. Memanjat. Memanjat. Aku memanjat dengan mengerah kudrat. Aku memanjat dengan memerah keringat. Aku memanjat dengan meminjam semangat.

Aku lihat atas. Cahaya makin terang. Aku dapat melihat kembali bulan bulat dan pelangi malam. Aku terus memanjat.

Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.

Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.

Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.

Allah. Allah. Allah. Allah Allah.

Allah. Allah. Allah. Allah.

Allah. Allah. Allah.

Allah. Allah.

Allah.

Allah. Allah.

Allah. Allah. Allah.

Allah…..

Tangan kanan sampai di bibir lubang gelap. Aku tarik diri sekuat-kuatnya ke atas. Ke muka padang yang pernah hijau. Aku rasakan tamparan angin sejuk membelai wajah. Aku pejamkan mata. Aku keluarkan tangis. Aku letakkan lutut. Aku rendahkan tubuh. Aku letak tangan ke tanah. Aku letakkan dahi ke bumi. Aku sujud. Aku syukur. Aku sujud syukur.

“Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. [2:66],”.

“Ya. Ampunkan aku ya Allah. Aku redha ujianMu. Aku redha ketetapanMu,”.

“…sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya [2:81],”.

“Ya. Ampunkanlah aku ya Allah. Aku tak ingin jatuh lagi ya Allah. Aku tak ingin tenggelam ke dalam lubang gelap itu lagi ya Allah,”.

Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu, [1:95],”.

“Ya. Ampunkalah aku ya Allah. Aku tak akan berlaku zalim lagi kepada mereka dan kepada diriku lagi ya Allah,”

Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. [2:56]”.

“Terima kasih ya Allah kerana RahmatMu. Terima kasih ya Allah kerana RahmanMu,”.

Terimalah segala apa yang Allah jadikan kepada kamu dan termasuklah kamu dalam golongan orang-orang yang bersabar [7:144],”.

Aku angkat kepala. Aku bangun dari sujud. Aku bangun dari takut. Aku bangun dari kabut. Aku berdiri. Aku lihat padang hijau yang dibakar api. Aku lihat perdu pokok yang dihanguskan bara. Aku lihat pelangi yang digelapkan kabut. Aku lihat bulan yang dimerahkan bahang. Aku lihat diri.

“Aku tak akan kalah. Tak akan sama sekali!”.

Aku berlari ke padang api dengan doa. Aku berlari ke padang api dengan cinta. Ya denga cinta sebenar cinta. Aku akan padam api ini dengan cinta yang menyejukkan. Aku akan padam api ini dengan cinta.

Aku berlari dengan suara : “Aku redha dengan kifarahNYa. Aku bersyukur dengan tarbiayahNya”
(SAJAK) Rahsia
Aku pernah melihatnya mendengarnya,
Lama dahulu sebelum aku mencari.
Kehilangan yang paling menyedihkan.

Aku pernah mengenalnya mendekatinya
Lama dahulu sebelum aku kenal erti rindu,
Pada cinta yang paling putih dan memutihkan.

Sekarang aku mencarinya,
Dari himpunan kitab-kitab,
Dari nyanyian suara-suara,
Dari timbunan dosa-dosa,
Dari mana-mana sahaja yang dituliskan.

Aku memahami makna kerinduan setelah kehilangan,
Aku memahami makna pertemuan sesudah perpisahan,
Aku memahami makna jawapan selepas persoalan,

Namakan apa-apa sahaja kepadaku,
Penggila,
Pengkhayal,
Pemimpi,
Pendusta
Apa-apa sahaja terserah kamu,
Aku tidak beruntung apa-apa tidak kerugian apa-apa

Aku menemui cinta dari himpunan rasa rindu,
Aku menemui jawapan dari timbunan pertanyaan,
Aku menemui kasih dari celahan kekusutan.

Dia adalah rahsiaku dan aku adalah rahsiaNya.

nurpalestina:  terima kasih kepada sahabat Aliffameen atas perkongsian cerita yang sangat menarik ini. Semoga semua pembaca mengambil iktibar. JZKL.

Read more...

Kasihnya si ibu ayam

Friday, September 25, 2009


Pada suatu petang yang damai, keluarlah si ibu ayam bersama anak-anaknya yang baru menetas beberapa minggu untuk mencari makan di sekitar reban. Kata si ibu ayam kepada anak-anaknya, 'rezeki ALLAH itu luas dan melata di muka bumi ini. Jika kita hanya menunggu makanan dari tuan kita, kita tidak akan dapat merasai nikmat makanan dari dalam tanah yang luas ini...'
Sedang mereka asyik mengais-ngais tanah mencari cacing, tiba-tiba kedengaran suara sang helang yang terbang dengan lajunya ke arah mereka.
Dengan pantas, si ibu ayam segera menyembunyikan anak-anaknya di bawah paruhnya. Apabila sang helang semakin hampir, si ibu ayam lantas menepis-nepis sang helang sambil mematuknya sekuat hati.
Namun apakan daya si ibu melawan sang helang yang gagah. Si ibu ayam akhirnya dicakar sang helang menyebabkan paruhnya luka.
Kaki si ibu ayam mula lemah. Beberapa kali si ibu ayam terpelecek kakinya namun demi memperjuangkan nyawa anak-anak yang disayanginya, si ibu ayam bingkas bangun dan menguatkan semangatnya menentang sang helang yang kelaparan itu.
Takdir ALLAH menentukan segalanya. Si ibu ayam akhirnya tewas di tangan sang helang. badannya luka dek cakaran kuku sang helang yang tajam itu. Mata si ibu ayam kian pudar namun telinganya masih jelas mendengar deciran anak-anak yang menangis ketakutan.
Si ibu ayam kian lemah dan tiada upaya lagi. kakinya longlai dan dia akhirnya tersungkur di hadapan anak-anaknya. Melihat keadaan si ibu ayam, sang helang bertambah ghairah kerana rezekinya hari ini merupakan si ibu ayam yang gemuk. Lantas, sang helang mengembangkan kukunya lalu mencengkam si ibu ayam lalu menerbangkannya pergi untuk disantap bersama anak-anaknya yang menunggu di sarang.
Saat diterbangkan jauh dari anak-anaknya, si ibu ayam sempat memandang anak-anaknya buat kali terakhir sambil berkata, 'anak-anakku, sesungguhnya ALLAH bersama mereka yang sabar. bersabarlah hai anakku!'
Akhirnya, si ibu ayam hilang di angkasa di bawa sang helang. Tinggallah sendirian anak-anak si ibu ayam mencari makan sendiri.
Perginya si ibu ayam membawa bersama kasihnya yang suci.

P/S: MOGA MENDAPAT PENGAJARAN DAN IKTIBAR DARI KISAH INI. ALLAHUA'LAM.

Read more...

Sunday, August 30, 2009

1
“Ye! Ye! Dapat gula-gula! Ye! Ye!” Apit melompat-lompat kegirangan sambil menari riang bersebelahan Taufik yang sedang sibuk menyiapkan kerja rumahnya. Ditangan Apit juga tergenggam erat batang lolly pop yang masih berbaki. Pasti Apit dapat dari kawan-kawannya.
“Apit, diam la..abang nak buat kerja ni!” marah Taufik. Dia tidak dapat menumpukan perhatian.
Apit yang sedari tadi riang melompat terus berhenti. Dia tahu, kalau dia terus berbuat bising, abangnya akan menarik telinganya yang kecil itu. Dia serik, akibat selalu diperlakukan begitu apabila abangnya marah.
Apit berjalan perlahan menuruni beberapa anak tangga lalu duduk di situ. Matanya jauh merenung langit yang bersinar dek pancaran cahaya matahari. Seketika dia menggenyeh mata yang kepedihan dengan tangannya yang berdebu itu sambil tangan kanannya pula menyuap lolly pop ke dalam mulut. Dia menyanyi-nyanyi lagu alif ba ta’ dengan sebutan pelatnya.
“Apit buat apa tu, sayang?” Tiba-tiba kedengaran suara ibu dari bawah rumah. Apit bangun menuruni tangga lantas berlari ke arah ibu yang sedang menggendung bakul berisi buah kelapa lantas memeluknya.
“ish Apit ni, nasib baik buah kelapa ni tak jatuh tau. Kalau timpa atas kaki Apit, berdarah, ha siapa yang sakit?” usik ibu. Apit tunduk lalu membelek-belek kakinya.
Melihat kelakuan Apit itu membuatkan si ibu tersenyum. Kepala Apit diusapnya berkali-kali setelah bakul yang berat tadi diletakkan di atas tanah.
“Apit makan apa ni?” Soal ibu. Dia duduk bersandar pada tiang rumah sambil mengibas-ngibas mukanya dengan surat khabar lama kerana kepanasan.
Apit mengeluarkan lolly pop dari dalam mulutnya dan di suakan ke mulut ibu.
“eh, ibu puasa la, mana boleh makan” Kata ibu. “ Apit ambik mana ni?” Soal ibu kembali.
“ Ijam bagi Apit. Ijam tak nak makan ni lagi!” Terang Apit. Si ibu hanya menggelengkan kepalanya.
“Apit, lain kali jangan ambil hak orang lain tau. Tak baik. Nanti ALLAH marah. Lagipun, Apit kan dah besar, dah empat tahun!” Kata ibu tua itu lembut.
“ibu, kenapa ALLAH marah? Apit tak curi, kawan Apit bagi Apit!?” Terang Apit bersungguh-sungguh.
“ALLAH marah kalau kita suka minta-minta dekat orang. Kalau kita mencuri, lagi ALLAH marah tau!?” Terang ibu penuh sabar. Begitulah kebiasaannya, dia akan melayan karenah si anak bila ada masa terluang.
“ibu, Apit janji tak ambik lagi tau. Nanti Apit minta maaf dekat ALLAH, lepastu ALLAH tak marah Apit lagi, kan ibu?” Jawab Apit terus menggumam lolly pop yang hanya tinggal batang itu.
“Apit..Apit, ada-ada jer la anak ibu ni. Eh, mana abang?” Si ibu menjenguk ke bawah rumah dan halaman mencari anak lelaki sulungnya itu.
“atas.” Jawab Apit ringkas sambil menudingkan jarinya ke arah beranda.
“abang buat apa? siapa yang mandikan Apit ni?” Ibu tua itu memandang tepat wajah comel si anak. Baju si anak dibetulkan sambil mengibas pasir yang melekat.
“Apit mandi sendiri la” jelas Apit lalu mengekori si ibu masuk ke dalam rumah.
“kasihan anak ibu mandi sendiri yer, Apit dah makan dah?” Tanya ibu sambil mengusap kepala Apit.
“Apit tunggu ibu. Apit nak makan dengan ibu.” Jawab Apit sambil memeluk ibu.
“dah tu, Apit pergi panggil abang, nanti ibu suapkan Apit makan yer.” Arah ibu. Apit hanya menurut. Dia memanjat anak tangga menuju ke ruang tamu untuk memanggil abang tunggalnya itu. Apit berasa kurang selesa setiapkali di arahkan memanggil abangnya tatkala si abang sibuk melakukan sesuatu malahan dia telah membuatkan si abang marah kerana berbuat bising seketika tadi. Apit takut telinganya ditarik lagi.
“a..aa..abang, ibu panggil.” Apit memanggil dari jauh. Suaranya juga agak tersekat-sekat memanggil si abang.
“jangan kacau abang. Abang sibuk ni!” marah Taufik namun Apit terus memanggil-manggil namanya.
“ish budak ni, nanti abang tarik telinga kang!.” Apit segera memekup telinganya. Dia lantas berlari mendapatkan ibu yang sedang memanaskan makanan untuknya.
“ha, dah tu, jangan berkasar sangat dengan adik, tak baik. Cepat bersiap dah dekat pukul dua ni. Kata ada kelas tambahan kat sekolah!” ibu memperingatkannya dengan suara yang cukup lembut.
Taufik melihat jam di dinding. Dia hampir-hampir terlupa mengenai kelas tersebut. Tanpa berlengah, dia terus bersiap dan bergegas ke bawah rumah mengambil basikal buruknya itu untuk ke sekolah.
“abang, nanti belikan Apit gula-gula tau!” Jerit Apit dari atas rumah.
“puasa lah, mana boleh makan?” Balas Taufik sambil mengayuh perlahan basikal tuanya itu.
“Apit nak jugak. Abang belikan tau!” Jerit Apit lagi sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Taufik. Taufik hanya mengangkat tangannya tanpa menoleh ke arah Apit sambil terus berlalu.
Si ibu yang melihat gelagat anak-anak hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tahu, walaupun Taufik bersikap tegas dan suka mengusik adiknya, namun jauh di sudut hati, dia sangat sayang pada adik tunggalnya itu. Jika Apit dibuli budak-budak kampung itu, Taufiklah yang akan membantunya. Malah, jika dia bermain bola, dia akan turut membawa Apit bersama. Cuma kadang kala kenakalan Apit membuatnya sedikit geram dan telinga si kecil itu akan ditariknya.

2
Petang itu cuaca cerah. Angin yang memukul lembut terasa nyaman sekali.
“Apit mana bu?” Soal Taufik setelah mendapati adiknya tiada di dalam rumah.
“Apit ada kat bawah pokok sana tu. Merajuk!.” Jawab ibu sambil tangannya ligat menguli tepung untuk di buat kuih.
“merajuk? Kenapa pulak bu? Bergaduh dengan kawan-kawan dia ker?” Soal Taufik kehairanan.
“tadi kakak si Ijam tu belikan dia kasut baru. Ye lah, nak raya! Apit Nampak Ijam pakai kasut tu masa bermain tadi, dia pun nak kan jugak kasut macam tu. Mana mampu ibu nak belikan kasut mahal-mahal macam tu Taufik! Habistu, merajuk lah dia.” Cerita ibu.
Taufik tersenyum sendiri melihat keletah adiknya itu. Yelah, budak-budak. Mana dia tahu kesusahan yang dialami ibu. Cuma apa yang dia tahu, nak kan itu dan ini. Fikir Taufik.
“Apit, abang nak pergi kedai, nak ikut tak?” Soal Taufik setelah merapati Apit yang sedang bermain di bawah pokok di halaman rumahnya sendirian itu. Dia berhasrat mahu menghiburkan hati si adik.
Apit hanya membungkam sambil jari-jemarinya menguis-nguis tanah.
“abang nak pergi kedai kat hujung kampung sana tu. Ada macam-macam tau Pit. Ada coklat, ais krim, keropok, gajah pon ada tau.” Taufik cuba memancing sambil berseloroh. Namun, tetap tiada respon dari Apit.
“tak nak pergi sudah. Nanti siapa yang rugi? Aaaaa…pit jugak yang rugi. Abang nak belanja ais krim tak nak ikut pulak, jual mahal….” Taufik cuba memancingnya lagi. Namun Apit sedikitpun tidak mengendahkannya. Wajahnya terus mencuka. Taufik akhirnya mengalah.
‘ah, kejap lagi ok lah tu!’ fikir Taufik di dalam hati lantas meninggalkan adiknya sendirian.

3
Sudah seminggu Apit demam. Bila tidur, dia asyik meracau merengek nak kan kasut baru. Puas ibu memujuk namun dia tetap mahukan kasut baru itu. Memikirkan keadaan ekonomi keluarga mereka yang ibarat kais pagi makan pagi itu memang mustahil untuk membelikan Apit kasut baru.
Taufik termenung di tangga. Dia tahu, sudah dua tahun Apit tidak bertukar kasut dan baju raya baru. Taufik menoleh memandang adiknya yang terbaring lesu di atas tikar mengkuang di ruang tamu. Perasaan kasihan timbul di dalam hatinya. Seketika matanya merenung pula wajah tenang ibu yang sedang menuam tuala di kepala Apit.
Taufik menarik nafas panjang. Terasa berat membiarkan ibu memikirkan bagaimana untuk mencari duit agar dapat membelikan adik kasut yang diinginkannya itu. Taufik nekad, dia akan berusaha keras mengumpul wang dan membelikan Apit kasut baru.
Malam itu, selesai solat terawih di surau, Taufik segera pulang ke rumah. Kelihatan ibu sedang menjahit baju tempahan penduduk kampung. Beberapa hari ini ibu tidak dapat berjemaah di surau dan hanya berterawih seorang diri di rumah kerana menjaga Apit. Dengan masa yang ada, ibu akan gunakan untuk menyiapkan tempahan tersebut. Itulah sumber pendapatan ibu selain menjual kuih dan mengusahakan kebun peninggalan arwah datok tiga tahun lalu.
Taufik melabuhkan punggungnya di sisi Apit yang nyenyak tidur itu. Perlahan-lahan dia mengeluarkan buku sekolah lalu menyiapkan kerja rumah yang belum siap itu.
“Afik, minggu depan tolong ibu pergi bandar yer.” Pinta ibu tiba-tiba. Taufik berhenti menulis dan memandang ke arah ibu.
“nak buat apa ibu pergi bandar?” Soal Taufik kehairanan.
“belikan adik kasut raya” jawab ibu sambil meneruskan kerjanya itu.
“tapi bu, kasut tu kan mahal? Dari mana nak dapat duit beli kasut tu?” Soal Taufik lagi.
“tadi ibu jual sayur dari kebun datok, campur duit jualan kuih yang Afik jual petang-petang tu, cukuplah buat belikan adik kasut baru.” Terang ibu.
Taufik terdiam. Jauh di dalam hati dia berasa kagum dengan kegigihan ibu.

4
Apit bangun awal pagi itu. Dia mengikut ibu ke kebun kerana Taufik belum pulang dari sekolah. Bila sahaja diberitahu mahu belikan kasut raya, Apit terus bersemangat dan demamnya juga mula beransur pulih. Malah hatinya begitu gembira sekali. Berkali-kali dia menyanyikan lagu ‘selamat hari raya’ sambil melompat-lompat riang. Ibu tersenyum melihat gelagatnya itu.
Matahari kian terik. Selepas pulang dari sekolah, Taufik terus ke kebun mencari ibunya. Dia mahu membantu ibu yang sejak pagi mengusahakan kebun itu. Kelihatan Apit sedang tidur di dalam pondok rehat dengan hanya beralaskan kain batik ibu yang kian lusuh. Mesti dia keletihan akibat banyak bermain. Sementara ibu kelihatan sibuk membuang daun-daun pisang yang layu di hujung kebun.
Sungguh tiada erti penat bagi ibu meskipun di bulan puasa. Walaupun cuaca panas terik, ibu cekal mengusahakan kebun itu tanpa mengeluh sedikitpun. ‘kalaulah ayah masih ada, tentu ibu tak perlu susah payah cari rezeki macam ni’ fikir Taufik sendiri. Hatinya sayu mengenangkan nasib ibu setelah ayah pergi meninggalkan mereka dua tahun lalu.
Sedang sibuk melayani perasaanny sendiri, kedengaran suara ibu mengaduh sakit. Taufik segera berlari ke arah ibu. Dia terkejut melihat kaki ibu berdarah dengan banyaknya. Dengan pantas, Taufik membalut kaki ibu yang terkena parang itu dengan baju yang dipakainya.
“ibu, tahan bu, Afik bawak ibu pergi klinik.” Kata Taufik cemas. Dia memapah ibu ke pondok rehat.
“tak payah Afik, bawak ibu balik rumah. Lepas sapu minyak angin nanti baiklah kaki ibu ni.” Balas ibu dengan suara yang bergetar menahan sakit.
Taufik membantah namun ibu tetap berkeras tidak mahu ke klinik. Taufik tahu, pasti ibu bimbang dengan bayaran ubat yang mahal. Ibu tidak mahu wang untuk membeli kasut adik digunakan untuk membayar ubat bagi merawat kakinya. Ibu tidak mahu merampas kegembiraan adik semata-mata demi kesihatannya. Taufik sangat sedih melihat ibu kesakitan namun terpaksa akur dengan kata-kata wanita mulia itu.
Sudah beberapa hari ibu tidak ke kebun. Luka di kaki ibu juga kian parah. Kaki ibu semakin bengkak dan bernanah. Melihat keadaan ibu, hati Taufik menjadi sayu.
Petang itu, dia hanya duduk di anak tangga memikirkan keadaan ibu. Sejak ibu sakit, dia tidak lagi menjual kuih. Dengan duit zakat fitrah yang diterimanya dari sekolah beberapa hari lalu, digunakan untuk menampung perbelanjaan harian sejak ibu tidak bekerja. Dia mengira-ngira baki duit tersebut untuk membelikan ibu ubat di klinik. Tetapi dengan baki sebanyak rm24 ringgit itu, sudah pasti tidak mencukupi. Jika dicampur dengan duit yang ibu beri beberapa hari lalu buat belikan kasut raya untuk Apit, kemungkinan sudah mencukupi. Namun, ibu pasti marah dan Apit akan bersedih lagi jika tidak dibelikan kasut itu nanti.
Taufik resah. Dia tidak ada daya untuk membantu ibu mendapatkan duit perubatan. Dadanya terasa berat dengan masalah yang menghimpit. Kalaulah Apit mengerti kesusahan yang dihadapinya kini, pasti segala-galanya mudah. Fikir Taufik sendiri.
Taufik mengeluh panjang sambil melepaskan pandangannya jauh di halaman. Kelihatan Apit sedang sibuk membersihkan basikal buruknya. Entah apa yang hendak dibuat dengan basikal yang sudah lama tidak digunakan itu. Ini menimbulkan tanda tanya di hati Taufik. Dia bingkas bangun dan menghampiri Apit.
“Apit buat apa ni?” Soal Taufik lalu duduk disebelah Apit yang ligat membersihkan tayar basikal.
“Apit cuci basikal” jawab Apit meneruskan kerjanya.
“abang tau la Apit cuci basikal. Tapi nak buat apa dengan basikal ni?” Soal Taufik kembali.
“Apit nak jual.” Balasnya.
Tercengang Taufik mendengarnya.
“nak jual? Kenapa Apit nak jual basikal ni? Basikal ni kan dah rosak, tak boleh digunakan lagi. Siapa yang nak beli?” Soal Taufik panjang lebar.
“abang!” Apit bangun dan duduk di riba Taufik.
“yer!” Taufik memandang wajah Apit menanti penjelasan si kecil itu.
“Apit nak jual basikal ni. Apit nak cari duit nak bagi ibu. Nanti ibu boleh beli ubat. Ibu tak kan sakit lagi kan abang?” Terang Apit. Di kelopak matanya ada air yang bergenang.
Tercengang Taufik mendengarnya. Perasaan terharu juga menerjah lubuk hatinya.
“abang, Apit dah tak nak kasut baru lagi. Apit suka kasut ni. Kasut ni Apit dah cuci tadi. Dah bersih dah. Nanti raya, Apit boleh pakai kasut ni macam dulu. “ sambung Apit lagi sambil berlari ke arah selipar lama yang dijemurnya tidak jauh dari situ.
Sekali lagi perasaan terharu melanda jiwanya. Dia sebak mendengar kata-kata adik yang selama ini disangkanya tidak memahami kesusahan yang ditanggungnya dan ibu. Taufik menghampiri Apit lantas memeluknya erat dan menciumnya berkali-kali. Air matanya berjuraian. Dia benar-benar terharu dan bangga dengan pengorbanan si kecil itu.
“terima kasih Apit, terima kasih!abang sayang Apit.” ucap Taufik sambil mencium adiknya berkali-kali. ‘terima kasih Ya ALLAH!’. Ucapnya di dalam hati. Sambil memandang ke langit, Taufik menitikkan air mata kesyukuran.


p/s: Sambutlah perayaan dengan rasa kesyukuran. Jangan kita membazir dan melampaui batas dalam menyambut aidilfitri. Ingatlah mereka yang tidak mampu dan hidup dalam cengkaman kemiskinan. Sungguh kita sudah terlalu berlebih-lebih dalam urusan duniawi ini.BERINGATLAH KITA!! ;)

Read more...

~MAAFKAN SAYA CIKGU!~

Sunday, May 17, 2009


Cuaca petang itu sangat dingin dan tenang. Hembusan angin petang yang sepoi-sepoi bahasa amat menyegarkan namun masih belum cukup untuk menyejukkan hati Adam yang sedang berbual dengan Sufian di bawah pohon teja berdekatan padang bola itu.
“Pian, aku rasa macam malas la nak sekolah lagi…” ujar Adam dengan wajah yang sugul sambil jari-jemari menarik-narik rumput di hadapannya itu.
“kau kenapa? Kau ada masalah ker?” Sufian merenung wajahnya, inginkan kepastian. Dia sememangnya terkejut dengan kata-kata sahabatnya itu.
“semalam aku bergaduh dengan Cikgu Diana. Ntah la…aku rasa Cikgu Diana tu, macam tak suka dengan aku jer. Asyik-asyik aku yang di denda. Kerja sekolah orang lain takder pulak dia nak check.!” Protes Adam. Diwajahnya jelas menampakkan rasa ketidaksenangan hatinya terhadap cikgu muda yang garang itu.
“releks la Adam. Bukan kau jer yang kena, di kelas aku tu, ramai lagi budak-budak lain yang dia suka marah. Kadang-kadang aku pun kena jugak.” Sufian cuba menyejukkan hatinya.
“kau lain, kau budak pandai, aku ni bodoh. Aku orang susah, kau orang kaya, Cikgu Diana tentu suka dengan kau.” Balas Adam lagi. Kali ini suaranya sedikit bernada cemburu.
“eh, mana ada. Dia layan semua orang sama la. Aku rasa kau jer yang sensetif.” Ujar Sufian menyangkal kata-kata Adam.
“kau takkan faham Pian. Cuma aku jer paham apa yang aku alami. Dah la, aku nak balik. Nanti Pak Mail cari aku pulak.
Adam terus berlalu. Dia berlari-lari anak merentasi padang bola itu menuju ke Rumah Anak-anak Yatim Darul Syifa’. Sejak berumur sembilan tahun, Adam sudah mula tinggal di situ. Ibu bapanya dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya namun dia sendiri tidak pernah dibawa ke kubur orang tuanya itu walaupun sekali Cuma.
Kini, Adam merupakan senior di rumah ana-anak yatim itu. Sudah 6 tahun dia tinggal di situ. Pak mail yang merupakan seorang warden di situ sangat mengenalinya. Hubungan dia dan Adam juga lebih mesra jika dibandingkan dengan anak-anak yatim yang lain.
Adam seorang yang peramah, mudah mesra dan sangat penyayang. Namun, sejak Cikgu Diana mengajar di kelasnya baru-baru ini, Adam kelihatan sangat tertekan dan sikapnya juga berubah. Dia lebih banyak memencilkan diri dari bergaul bersama anak-anak yatim yang lain.
Entah mengapa, hati Adam berasa sedih mengenangkan sikap Cikgu Diana terhadapnya. Dia sudah membenci Cikgu Diana sejak pertama kali guru itu memarahinya di dalam kelas hanya kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Bukan dia sengaja tidak mahu siapkan tugasan tersebut tetapi dia terlupa. Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja subjek Bahasa Melayu yang diajar guru itu. Maka setiap harilah Adam terpaksa mendengar leterannya.
Hari semakin hari, kebencian kian subur di hatinya. Semalam dia didenda oleh Cikgu Diana kerana mendapat ‘D’ dalam karangan. Bukan setakat denda sahaja, malah dia terpaksa menyiapkan 5 buah karangan dalam masa seminggu. Itu menyebabkan Adam semakin tertekan. Dia tidak tahu mengapa cikgu muda itu sering menyiksanya begitu.
Selesai solat isyak, Adam terus berlalu ke katilnya yang terletak di Kamar Baihaqi. Dia cuba melelapkan mata. Namun kata-kata Cikgu Diana pagi tadi benar-benar mengganggu fikirannya.
“kalau awak malas macam ni, saya yakin awak akan gagal dalam PMR nanti!” Marah Cikgu Diana. Wajahnya masam dan bengis sekali.
Adam mendiamkan diri. Di dalam hati, dia hanya menyumpah-nyumpah cikgu itu.
“awak dengar atau tidak apa yang cikgu cakap ni?” Soal Cikgu Diana dengan suara yang tinggi. Adam terkejut, namun dia hanya mengangguk lesu.
“cikgu tak faham dengan sikap kamu ni Adam. Kamu bukannya tak pandai, tapi malas berusaha. Cubalah berubah Adam. Awak asyik main dalam kelas. Buku langsung tak baca. Awak nak jadi apa?” Bebel cikgu muda itu lagi.
Adam hanya mendengar leteran guru itu bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
“awak tu anak yatim, jangan berlagak macam awak anak orang kaya…..” Bentak cikgu Diana. Dia semakin marah dengan kelakuan pelajarnya yang langsung tidak memberi respon terhadap kata-katanya itu.
Telinga Adam semakin panas mendengar leteran Cikgu Diana.
“kalau cikgu tak suka dengan saya, cikgu cakap jer lah…tak payah nak kutuk-kutuk saya macam ni!” Balas Adam. Dia sendiri terkejut dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan kata-kata cikgu Diana itu.
Pintu bilik tiba-tiba dikuak. Adam terkejut dari lamunannya menyebabkan bayangan dan kata-kata Cikgu Diana jauh menghilang.
* * *
“tolong siapkan semua kerja rumah yang cikgu beri. Cuti sekolah tiga hari ni gunakan dengan berfaedah. Cikgu tak mahu ada diantara kamu semua yang tidak menyiapkan kerja rumah yang cikgu beri. Adam, lepas ni jumpa cikgu di bilik guru!” Pesan Cikgu Diana tegas sambil matanya menjeling ke arah Adam yang duduk di bahagian belakang kelas.
Selepas tamat waktu belajar hari itu, semua pelajar berpusu keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Adam bersama Sufian dan beberapa orang rakannya yang lain berjalan seiringan. Tiba-tiba bahu Adam disentuh seseorang. Dia segera menoleh ke belakang.
“kurang asam betul kau ni, terkejut aku. Ingatkan siapa tadi….” Adam menarik nafas lega setelah melihat sahabatnya Fauzi tersengeh-sengeh menampakkan giginya yang sedikit rongak itu.
“Cikgu Diana panggil kau. Dia suruh kau jumpa dia di bilik guru sekarang” Fauzi menyampaikan pesanan.
“ah, pedulikanlah orang tua tu. Bosan aku!” Balas Adam tidak berminat untuk berjumpa guru yang dibencinya selama ini.
“laaa…kau ingat kau sorang jer bosan, aku lagi la.. Bengang giler aku ngan cikgu tu. Asyik-asyik bagi kerja sekolah. Dah ler kerja matematik banyak nak kena siapkan, lepastu kena pergi kelas tambahan lagi. Dia ingat kita ni robot ker, nak siapkan kerja sekolah banyak-banyak…!” Kudin menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
“kau pun tak suka jugak ker?” Adam meminta kepastian. Selama ini dia berfikir bahawa Cikgu Diana hanya menderanya seorang sahaja, rupa-rupanya kawannya si Kudin juga sama sepertinya.
“bukan Kudin sorang jer, aku pun sama.” Sampuk Syahmi.
Mereka masing-masing bercerita tentang Cikgu Diana. Ketegasannya menyebabkan mereka benar-benar tertekan dan timbul rasa benci berbanding guru-guru lain. Disamping terkenal dengan sikap garangnya, Cikgu Diana juga berani merotan pelajar-pelajarnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah dan bermain di dalam kelas. Malah, jika ada pelajar yang ponteng, tidak hadir atau tertidur di dalam kelasnya, dia tidak akan teragak-agak untuk merotan mereka.
“Adam…aku rasa tindakan kau ni tak baik la. Cikgu Diana mesti tengah tunggu kau. Baik kau pergi jumpa dia!” Nasihat Sufian. Dia tahu, tindakan Adam itu akan lebih memburukkan keadaan.
“malas lah aku nak pergi. Tadi dekat kelas aku kena perli, entah-entah kejap lagi, kena maki pulak.” Balas Adam terus beranggapan buruk.
“kau ni Dam…tak pergi lagi, mana kau tahu? Tak baik tau tak buruk sangka dengan orang!” Sufian sedikit marah. Dia beriya-iya menyuruh Adam bertemu Cikgu Diana. Untuk mengambil hati Sufian, Adam dengan langkah malas berpatah semula menuju ke bilik guru.
“kenapa lambat?Awak tahu tak cikgu dah lama tunggu?Awak ingat cikgu tak ada kerja lain lagi ker, ha?” Marah Cikgu Diana.
‘kalau dah ada kerja, siapa suruh tunggu!’ ngomel Adam sendiri.
“jangan pentingkan diri Adam. Cikgu tak ada banyak masa ni, jadi cikgu nak serahkan buku aktiviti ni untuk awak siapkan sepanjang cuti ni. Tolong jawab betul-betul!”
“tapi cikgu? Kenapa saya sorang jer yang kena buat?” Adam kelihatan tidak berpuas hati.
“kalau awak nak jadi orang yang Berjaya, buat apa yang cikgu suruh. Lagipun ini sebagai hukuman untuk awak kerana tidak siapkan kerja sekolah semalam.” Balas Cikgu Diana serius.
Adam semakin tidak berpuas hati. Buku yang berada dalam tangannya itu dihempas ke meja. Tindakan Adam itu mengejutkan Cikgu Diana yang sedang sibuk berkemas untuk pulang.
“kenapa dengan awak ni? Tak puas hati dengan cikgu ker?” Soal Cikgu Diana sambil matanya memandang tepat ke wajah Adam.
“cikgu tak adil. Cikgu selalu hokum saya kalau saya tak siapkan kerja sekolah. Tapi kalau orang lain tak buat, cikgu tak marah pulak!” Adam mengeluarkan apa yang terbuku selama ini di hatinya.
Cikgu Diana hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Sedikitpun dia tidak terkilan mendengar kata-kata Adam itu.
“ awak tetap kena siapkan semua latihan yang cikgu beri. Jangan lupa. Kalau tak faham, telefon cikgu.” Pesan Cikgu Diana dan terus berlalu meninggalkan Adam sendirian yang masih digemburi perasaan tidak puas hati itu.
* * *
Kelas pada hari itu dimulai dengan subjek Matematik namun guru yang mengajar tidak hadir. Rata-rata pelajar mengambil peluang itu untuk menyiapkan latihan Bahasa Melayu termasuklah Adam kerana sebentar lagi kelas Bahasa akan bermula.
Adam menyelak helaian kertas soalan. Masih ada beberapa soalan karangan yang belum disiapkannya. Dia semakin buntu menjawab soalan latihan yang diberi. Fikirannya semakin kosong. Dia tidak dapat memikirkan idea untuk menulis karangan. Fikirannya hanya terbayang wajah bengis Cikgu Diana dan rotan yang bakal menyirat tangannya nanti.
Jam semakin suntuk. Lagi sepuluh minit kelas akan bermula. Dalam keadaan yang terdesak itu, Adam hanya mampu menyerah. Soalan yang dijawab ternyata tangkap muat sahaja. Malas, dia pasrah dengan hukuman yang bakal diterimanya nanti.
Sungguh tidak disangka, Cikgu Diana tidak hadir hari itu. Adam begitu gembira sekali. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Oleh kerana tiada guru yang masuk mengajar, Adam bersama beberapa orang kawannya yang lain berkumpul di tepi kelas 3Ad-Dailami. Mereka berbual-bual rancak hingga menyentuh tentang Cikgu Diana.
“korang tau kenapa cikgu tu asyik marah-marah jer?” Soal Adi.
“entah, kau rasa kenapa?” Soal Kudin kembali.
“ha….kalau korang nak tau, dia ada anak yang terencat akal. Sebabtu ar dia pun macam terencat. Asyik marah-marah tak tentu pasal!”
Mendengar kata-kata Adi itu, mereka semua ketawa terbahak-bahak. Tetapi Adam hanya mendiamkan diri kehairanan.
“patut lah asyik marah-marah jer, ha ha…selalu bercampur dengan orang yang tak betul rupanya….” Kata yang lain pula.
“korang ni biar betul. Mana kau tahu dia ada anak OKU?Dia kan belum kawen lagi!?” Adam menyoal ingin tahu.
“suami dia lari laa…dah garang sangat, singa pun boleh lari woooo” Kudin menokok. Kata-katanya yang lucu itu membuatkan mereka ketawa semakin kuat.
Seronok sekali mereka mengutuk dan mengata-ngata tentang Cikgu Diana. Terasa puas dan sakit hati mereka sedikit terubat. Namun Adam masih berasa tidak puas hati.
“korang pasti ker?” Soalnya lagi.
“pasti, hari tu aku tengok sendiri dia bawak budak terencat tu ke hospital. Kebetulan mak aku jururawat kat situ, so aku tanya la mak aku untuk kepastian. Ternyata betul sangkaan aku tu.” Cerita Adi bersungguh-sungguh.
Mendengar penjelasan Adi, Adam mula mengerti. ‘ memang Cikgu Diana ni dah tak betul. Patut lah asyik marah-marah jer.’ Ngomelnya sendiri. Namun jauh dilubuk hatinya tersimpan satu perasaan belas dan simpati.
* * *
Seperti yang dijangka, setelah Cikgu Diana menyemak latihan yang dibuatnya, dia lantas dipanggil guru itu.
“nampaknya awak sangat lemah dalam penulisan. Mulai petang ni, saya akan buat kelas tambahan untuk awak.” Kata-kata cikgu itu benar-benar mengejutkannya.
“tapi cikgu, petang-petang saya ada latihan bola. Mana boleh saya….”
“boleh kalau awak ada kemahuan.” Cikgu Diana pantas memotong alasan yang diberinya.
“cikgu, saya tak boleh buat macam tu. Saya kena pergi latihan, tolong lah cikgu.” Rayu Adam. Suaranya berbaur rasa tertekan dengan keputusan guru itu.
“ini arahan pengetua Adam, bukan dari cikgu.” Terang cikgu Diana.
“itu semua alasan cikgu, sebenarnya cikgu memang tak suka dengan saya kan? Cikgu buat semua ni sebab cikgu nak hukum saya kan?” Soal Adam berani.
“Adam, sebab cikgu sayang dengan Adamlah cikgu sanggup luangkan masa cikgu untuk buat semua ni. Cikgu ada banyak lagi tugas lain tapi cikgu tak kisah untuk luangkan masa mengajar Adam. Cikgu nak Adam berjaya, berjaya seperti Sufian, Razak, Amirah, dan kawan-kawan lain.”
“cikgu hipokrit. Cikgu memang bencikan saya, saya tau.” Bentak Adam lagi.
Cikgu Diana hanya mendiamkan diri. Terasa ada air bertakung di kelopak matanya. Cikgu Diana memalingkan wajahnya ke dinding dan cuba buat-buat sibuk.
“habis sekolah nanti datang jumpa saya. Kita mulakan kelas tambahan hari ni. Cikgu akan beritahu Ustaz Ahmad dan Pak Mail nanti. Awak boleh balik sekarang.” Sebak sedikit suara Cikgu Diana memberi arahan. Dia cuba bersikap tegas kerana tidak mahu diketahui anak muridnya tentang kesedihannya ketika itu. Dia tahu, Adam pasti benci dengan dirinya. Namun, itu adalah amanat dan tanggungjawabnya sebagai guru untuk mendidiknya hingga berjaya.
Adam mati akal. Dia tidak berupaya melawan kata-kata Cikgu Diana. Namun dia nekad untuk tidak menghadiri kelas itu walau apapun yang berlaku.
Tengah hari itu, selepas bunyi loceng, Adam terus meluru keluar dari sekolah. Dia bersama Kudin dan Adi ke bandar untuk bermain game. Walaupun hatinya asyik teringatkan Cikgu Diana yang pasti menunggunya untuk sessi kelas tambahan tengah hari itu, namun dia terus bermain tanpa sedikitpun ada rasa bersalah.
Di bilik guru, Cikgu Diana terus menunggunya. Hingga jam melewati pukul 3.30 petang, Cikgu Diana akhirnya pulang ke rumah. Dia tahu, Adam sengaja melarikan diri kerana bencikannya. Cikgu Diana berfikir sendiri. Mungkin ketegasannya selama ini disalah ertikan oleh Adam. Dia sayang pada Adam seperti adiknya sendiri. Kerana Adam merupakan anak yatim piatu yang tidak mempunyai sesiapa di dunia inilah, dia mahu mendidik dan mencurahkan ilmu sepenuhnya untuk melihat Adam berjaya suatu hari nanti.
Hari semakin hari kelakuan Adam semakin biadap dengannya. Semua tugasan yang diberinya dijawab dengan tidak bersungguh-sungguh. Malah, Adam berani melawan kata-katanya dan membuat acuh tidak acuh sahaja ketika di dalam kelas. Sungguh sikap Adam itu benar-benar mengecewakannya.
Di dalam kelas pagi itu, Cikgu Diana tidak banyak bercakap. Dia hanya menulis di papan hitam dan meminta pelajar menyalinnya. Seketika dia keluar dan menuju ke bilik air membasuh mukanya agar segar kembali. Beberapa hari ini dia kurang tidur kerana menjaga Alia di hospital. Namun, dia masih meluangkan masa untuk kelas tambahan yang dijanjikan. Dia berharap Adam berubah fikiran dan menghadiri kelas itu walau beberapa hari yang lalu penantiannya masih sia-sia.
Sambil menunggu, Cikgu Diana menyemak buku pelajar-pelajarnya. Matanya juga semakin mengantuk dan berkali-kali dia terlelap seketika. Tanpa disedari, Adam mengintainya melalui tingkap. Dia pelik dan hairan dengan perubahan Cikgu Diana yang tidak banyak bercakap dan mengarahnya membuat latihan itu ini. Melihat keadaan Cikgu Diana yang kurang bermaya itu menyebabkan hatinya rasa bersalah. Walaupun dia senang tidak ditekan oleh guru itu membuat latihan dan kerja sekolah lagi, jauh di hatinya terasa kesal dan bersalah atas apa yang dilakukannya pada cikgu itu.
* * *
Adam bersama Kudin menuju ke pusat Bandar. Mereka ingin bermain game di sebuah cyber café di situ seperti kebiasaannya. Walaupun dia memberitahu Pak Mail dan Ustaz Ahmad yang merupakan pengetua rumah anak yatim itu untuk menghadiri kelas tusyen, namun apa yang dilakukan adalah sebaliknya. Hingga lewat petang, mereka merayau-rayau di Bandar tanpa arah tujuan. Sedang mereka melepak di sebuah kedai, Adam terlihat kelibat Cikgu Diana masuk ke dalam sebuah hospital swasta sambil menolak kerusi roda yang diduduki seorang kanak-kanak. Kelihatan kanak-kanak itu cacat dan mengalami ‘Down Syndrome’. Hatinya begitu tertarik untuk mengetahui apa yang dilakukan guru itu.
“Din, aku balik dulu lah..ada hal la.” Ujar Adam tiba-tiba sambil mata menjeling ke arah kelibat cikgu itu.
“laaa baru kejap jer kita lepak, releks lah…” balas Kudin seperti tidak membenarkan Adam pergi.
“aku betul-betul ada hal ni…aku balik dulu k, kita jumpa esok.” Jawab Adam terus berlalu.
Dia masuk ke dalam hospital itu dan tercari-cari kelibat Cikgu Diana. Tiba di satu ruang, Adam terlihat Cikgu Diana bersama kanak-kanak itu sedang memasuki wad pesakit perempuan. Dia terus mengekori Cikgu Diana.
“kakak, maafkan saya kerana lambat datang hari ni. Saya ada kelas tambahan di sekolah tadi.” Cikgu Diana bersuara lembut.
“kak, tengok ni…saya bawak Alia sekali.” Sayu sekali suara Cikgu Diana ketika bercakap dengan seorang wanita lewat 30-an yang sedang sakit tenat itu.
“Alia…salam dengan mama sayang.” Pintanya sambil menarik tangan kanak-kanak itu agar menyambut salam wanita tersebut. Seketika wanita itu mencium dan memeluknya erat.
“Diana…tolong jaga Alia. Kakak tidak akan lama lagi di sini..! Ucapnya dengan suara yang lemah sekali.
“Diana janji kak…Diana janji…..” Cikgu Diana menangis sambil mengangguk berkali-kali. Jari-jemarinya menggenggam tangan wanita itu.
Adam terkejut. Pertama kali dia melihat Cikgu Diana menangis dan itu menambahkan rasa bersalah dan simpatinya pada guru yang selama ini dibencinya itu. Adam tidak mampu menahan rasa sebaknya lagi. Dia berlalu dari situ dan terus pulang.
Sepanjang malam ingatannya hanya pada Cikgu Diana. Sungguh cikgu itu memiliki hati yang mulia kerana sanggup menjaga seorang anak yang cacat otaknya. Selama ini dia hanya memikirkan sesuatu yang negative sahaja tentang guru itu. Adam nekad, dia tidak mahu membuatkan guru itu sedih lagi. Dia akan mengikuti kelas tambahan tersebut dan membuat semua latihan dan kerja sekolah yang diberi. Janjinya sendiri.
Keesokannya, selesai waktu persekolahan, Adam bergegas ke bilik guru dan hayunan kakinya terus menuju ke tempat duduk Cikgu Diana. Kelihatan cikgu itu sudah berada di mejanya. Dia hanya termenung sendiri memandang sejambak bunga di hadapannya seolah-olah tiada semangat di dalam dirinya seperti kebiasaan.
Adam menghampiri meja cikgu itu dengan dada yang sedikit berdebar. Dia menarik nafas panjang lantas menghembuskannya perlahan.
“cikgu….maafkan saya kerana lambat. Saya dating nak belajar dengan cikgu…!” Ucap Adam perlahan sambil berdiri di sebelah guru itu. Cikgu Diana memalingkan mukanya memandang Adam. Matanya kelihatan sedikit bengkak. Adam yakin, pasti Cikgu Diana menangis semalam.
“Adam…..?” Terpacul soalan itu dari mulutnya. Dia terkejut dengan kehadiran Adam dan ternyata penantian dan kesabarannya selama ini terbalas jua.
Adam mengangguk. Dia menarik kerusi lalu duduk di situ sambil mengeluarkan buku karangan dari begnya dan diletakkan di atas meja.
Cikgu Diana hanya memandangnya tanpa sepatah kata. Hanya matanya sahaja yang berkaca-kaca dengan takungan air mata. Pastinya itu air mata kemenangan bagi kesabaran seorang guru melayani karenah pelajar yang nakal.
“maafkan saya cikgu!”
Cikgu Diana tidak dapat menahan rasa sebaknya. Dia menangis gembira mendengar kata-kata Adam. Dan dalam tangisan itu, jelas terpamer satu senyuman yang penuh dengan harapan, harapan seorang guru untuk melihat pelajarnya Berjaya.
“SELAMAT HARI GURU!”

Read more...

~UNTUKMU IBU~

Wednesday, May 6, 2009


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ker kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?” Marah ibu.
Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.
“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah 2 kali kau ulang ambik SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang ha?” Leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah.
Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.
“Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu?Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakal hal sebenar.
Si ibu semakin bengang.
“ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan yer!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit kan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.
“Tau sakit yer, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulannya menyirat tubuh Along yang kurus itu.
“Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!” Jelas Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih.
Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf dari ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari.
Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikitpun tidak bersalah dalam hal ini.
Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.
Along berbaring. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walau kasih ibu tidak semekar dahulu lagi.
Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
* * *
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja.
Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang dari mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri yer!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka.
Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.
“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”
“ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggu lah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu yer!” Si ibu bersuara lembut.
Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.
“Kak Ngah dengan Alang nak balik ker ibu?” Soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur.
Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.
“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?” Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.
“Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!” Terang si ibu.
“Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..” Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.
Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalitpun pada ibu yang sangat disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Kerana itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya.
Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada spasang jubah putih berbunga ungu yang dilengkapi dengan tudung bermanik.
‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri.
Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa -rupanya itu Fariz, sahabatnya.
“La…kau ker, apa kau buat kat sini?” Tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.
“Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?” Soalnya pula.
“Aku tak der buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!” Jelas Along jujur.
“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”
Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.
“Betul ker ni Riz? Nanti marah kakak kau!” Along meminta kepastian.
“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!” Balas Fariz meyakinkannya.
“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan.
Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.
“Kau ambik dulu, lepastu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz .
Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?” Soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.
Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitan yang semakin lusuh itu.
“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak per lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!” Pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor 7. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi.
Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisal auk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.
“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?” Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya dari menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.
“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!” Leter ibu lagi.
Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.
“Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.
“Along. Kalau tak suka belajar, berenti jer la. Buat jer kerja lain yang berfaedah dari menghabiskan duit ibu.” Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.
Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka.
Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka.
Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.
Seperti yang dinekadkan, pagi itu, selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap. Dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar dari rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal.
Dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar dari rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiapkali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.
“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!” Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.
“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.
“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.
“Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.
“Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.
“Ada” jawab Along pendek
“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doctor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”
Along menggeleng-gelengkan kepala.
“semua tak…Cuma 1 jer, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya.
Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
“Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!” Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe.
Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.
“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni.” Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.
Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.
“Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi.
“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?” Soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya.
“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak yer! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang.
Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
* * *
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.
“ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ker?” Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya.
“Zam, mak kau marah kau lagi ker?" Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?”
“Tak per lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni.” Terang Along dengan tenang.
“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah.” Kata Fariz lagi.
“Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.”
“Zam..kau ni…..”
“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku taknak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.
“Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!” Pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.
No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ker?” Soal Fariz ingin tahu.
“Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia.” Terang Along.
“Abang Joe mana ni?”
“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!” Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .
“Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?”
“Hari ni la…” balas Along.
“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”
“Bukan. Minggu depan…”
“Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan jer?” Soal Fariz lagi.
“Aku rasa hari ni jer yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar dari kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.
Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak dari melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.
Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut dari kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.
Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang –orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.
Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan dari ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu.
Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan k ad yang masih digenggamannya itu.
“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi.
Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
* * *
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.
‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’
Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.
“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.
“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.
-Tamat-
hari-hari itu adalah hari untuk ibu kita...jangan jauhi ibu walau ibu menjauhi kita.... (>_<)

Read more...

masih untuk direnungkan oleh mata hati kita... :)

TolongLAH!!TolongLAH!! tegaKAH kita tidur dalam kekenyangan dan hidup dalam kemewahan sedangkan mereka di 'sana' mati kelaparan???? tegaKAH ANDA???? *************************************************************** AIR MATA PALESTIN

About This Blog

★˛˚˛*˛°.˛*.˛°˛.*★* *★* 。*˛.
˛°_██_*.。*./ ♥ \ .˛* .˛。.˛.*.★* *★ 。*
˛. (´• ̮•)*.。*/♫.♫\*˛.* ˛_Π_____.♥ Selamat Hari Raya ♥ ˛* ˛*
.°( . • . ) ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
*(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...
selamat hari raya maaf zahir dan batin utk semua kawan-kawan ^_^ peringatan buat diri & muslimin-muslimat..raikan hari raya dengan kesyukuran dan ibadat bukan dengan maksiat..mudah2an diri kita dirahmati ALLAH selalu. amin!

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP