10 amalan ketika menyambut AIDILFITRI
Al-Imam  As-Shafie membahaskan dalam kitabnya, Al-Umm (Ibu) menceritakan  amalan-amalan baik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan  golongan-golongan ulama serta para solihin, diringkaskan bahawa terdapat  10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya  Aidilfitri. Amalan-amalan ini adalah seperti berikut:-
1)Kita  digalakkan berdoa ketika malam raya, ambillah kesempatan dan doalah  sepanjang malam raya supaya diterima amalan-amalan kita sepanjang bulan  puasa yg baru sahaja berlalu. Lupakan persiapan raya kerana sepatutnya  kita mesti bersedia lebih awal bukan menunggu saat-saat malam raya  kerana waktu doa mustajab salah satunya ialah pada malam Hari Raya  Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Subhanallah.
2)Takbir raya. Memuji  kebesaran Allah SWT  setelah memberi nikmat dan ganjaran yang terlalu  besar sepanjang Bulan Ramadhan dengan datangnya Lailatul Qadar. Takbir  raya lah semampu mungkin sebagai tanda kesyukuran kepada nikmat  yang  dikurniakan oleh Allah SWT.
3)Mandi sunat hari raya Aidilfitri.  Kita digalakkan mandi solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan disunatkan  bercukur (bulu ketiak, ari-ari, kemaskan misai dsb) supaya kita  kelihatan cantik, kemas dan bersih menghadap Allah SWT.
4)Memakai  wangi-wangian. Rasulullah SAW memakai wangi-wangian ketika menunaikan  solat sunat Hari Raya dan digalakkan memakai pakaian yang cantik-cantik  jika kurang mampu eloklah sekadar ianya bersih dan cantik dipandang.
5)Makan  sedikit dalam angka yang ganjil. Rasulullah SAW memakan sedikit buah  tamar (atau kurma) sebelum keluar ke masjid dan diriwayatkan dalam angka  yang ganjil iaitu 3 biji. ianya sebagai syarat kita sudah tidak  berpuasa lagi pada hari raya. Jika tiada, minumlah sedikit air.
6)Mengucapkan  salam dan selamat kepada orang islam sepanjang perjalanan ke masjid dan  sepanjang hari raya. Ucaplah "Taqabbalallah huminna waminkum" Semoga  Allah menerima doa aku dan kamu, supaya Allah menerima doa-doa kita  sepanjang bulan Ramadhan.
7)Pergi dan pulang dari masjid  menggunakan jalan yang berbeza. Ianya supaya dapat mengeratkan  silaturrahim sesama Islam kerana kita dapat bertemu dengan rakan-rakan  dan saudara-saudara lain jika kita menggunakan jalan yang berbeza, maka  bertambah ramai lagilah yang kita berjumpa dan ucap salam dihari mulia  itu.
8)Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Bawalah  bersama ahli keluarga untuk sama-sama menunaikan solat ini, alangkah  ruginya bagi mereka yang menunaikan solat sunat ini namun meninggalkan  khutbah Hari Raya seolah-seolah tergantung solatnya antara langit dan  bumi. Apa salahnya menunggu seketika demi merebut ganjaran yang  dikurniakan Allah SWT.
9)Ziarah menziarahi. Kunjungilah ahli  kelurga, jiran tetangga, sanak-saudara, kaum kerabat, sahabat handai dan  sesiapa saja samada kawan mahupun lawan. Keberkatan pada Hari Raya  insyaAllah yang lawan menjadi lawan, yang keras menjadi lembut, yang  tertutup menjadi buka. Pohonlah kemaafan sesama manusia kerana Allah  tidak akan mengampunkan kesalahan yang dilakukan sesama manusia walaupun  Allah sentiasa memaafkan dosa-dosa hambanya yang zalim jika mereka  memohon keampunanNya.
10)Puasa 6 dibulan Syawal. Rasulullah SAW  pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan  Ramadhan dan diikuti puasa 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia  berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah. Timbul pula persoalan bolehkah  dilakukan puasa ganti (wajib) dengan puasa sunat? Jawapan yang paling  tepat, wajib dan sunat adalah 2 perkara yang berbeza. Lakukan secara  berasingan.
Semoga ringkasan kitab mengenai 10 amalan iaitu  persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri memberi  manfaat kepada kita semua sebagai persediaan kita menghadapi dan  menyambut Hari Raya Aidilfitri. InsyaAllah. Sebar-sebarkanlah demi  melahirkan umat islam yang berpegang teguh pada Allah dan beramal dengan  sunnah Rasulullah SAW. Wassalam.
(syukur dan terimakasih kepada penulis asal artikel ini. ana menyebarkan artikel saudara/saudari buat renungan sahabat2 di alam maya ini..mudah2an iman kita bertambah dan penulis mendapat pahala yang berlipat ganda. syukran jazilan. jzkl.)
sumber : di sini
Labels:
perkongsian..



 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 



 



 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 



0 apa kata anda..!:
Post a Comment