Ya ALLAH..Ya RAHMAN..Ya RAHIM..

Salam perjuangan...terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ana yang tidak seberapa ini. Namun, apa yang baik itu harap dapat dimanfaatkan dan sebar-sebarkanlah walau 1 ayat. sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH SWT..dan yang kurang itu dari kelemahan ana sendiri. Justeru, tegur-tegurlah jika ada kekhilafan dengan berhikmah. salam ukhuwah fillah wa syukran jaziilan.

sambungan NAFISA

Thursday, May 14, 2009



Kepada semua pembaca setia kisah NAFISA, anda boleh membaca sambungan cerita di ruangan ini [bahagian apa kata anda / comment] selepas di 'update / post' oleh penulis. Terima kasih atas sokongan semua.

Jazakumullahukhairon kathiro :)

15 apa kata anda..!:

anak_itik,  May 14, 2009 at 12:27 AM  

salam semua. buat masa ni, ana agak sibuk dengan urusan seharian..jadi tak sempat nak update NAFISA. harap sahabat2 dapat bersabar dan teruskan memberi sokongan.

tanpa anda...siapalah sy...hehe :)

tata..'selamat hari guru'

anak_itik,  May 18, 2009 at 7:51 PM  

(episod lalu)

Nafisa berdiri di tepi tingkap sambil melepaskan pandangannya ke langit yang luas membiru itu. Dia teringat pada ajakan Amy sewaktu di kelas pagi tadi.

Sedang dia melayani perasaannya sendirian, kedengaran suara ummi dan abi yang sedang berbual-bual dari luar.

Nafisa keluar dari bilik dan terus menuju ke arah mereka.

"Eh, anak ummi dah sudah sembahyang Asar yer, meh duduk sini." Ajak ummi sambil menarik tangan si anak dengan lembut. Nafisa hanya menurut.

"Abi dengan ummi berbual pasal apa? Macam seronok jer Fisa dengar?" Soal Nafisa sambil menarik kerusi untuk duduk. Anak matanya sempat menjeling ke arah abi dan seketika ke arah ummi.

Ummi hanya ketawa kecil diikuti abi.

"Berbual pasal Fisa la...!" Seloroh abi.

Nafisa melopongkan mulutnya tanda terkejut. Serentak dia juga turut ketawa bersama abi dan ummi. Dia tahu abi hanya bergurau. Sudah sikap abi begitu. Suka membuat lawak dan menghiburkan hati mereka dengan cerita-cerita yang lucu.

"Abi,ummi....Fisa tanya sikit boleh tak?" Soal Fisa tiba-tiba.

Abi merenung wajah si anak. Dia tahu, ada sesuatu yang bermain di fikiran Nafisa.

"ada apa Fisa? Fisa ada masalah kat sekolah ker?" Ummi mula khuatir melihat wajah si anak yang agak serius itu.

Nafisa hanya menggelengkan kepala. Dia tidak tahu bagaimana harus dimulakan.

"kenapa Fisa?" Soal abi lembut.

" abi, ummi...kalau Fisa ajak kawan datang rumah kita boleh tak?"

Abi dan ummi berpandangan, kemudian memandangnya sambil tersenyum.

"Tentu la boleh sayang. Kenapa pulak tak boleh? Kan kawan Fisa yang nak datang? Tak baik kalau kita menolak tetamu, lebih-lebih lagi kalau orang tu nak bersilaturrahim dengan kita!" Jawab abi panjang lebar.

" tapi, kawan Fisa ni lain sikit. Dia...."

"Ummi kenal kawan yang Fisa maksudkan tu. Budak yang selalu bersama Fisa di bus stand sekolah tu kan?" Ummi terus menduga.

Nafisa terkejut.

"macammana ummi tau?" Soal Nafisa kehairanan. Selama ini dia tidak pernah memperkenalkan kawan-kawan baru di sekolah itu kepada ummi atau abi.

Ummi hanya tersenyum melihat Nafisa yang terpinga-pinga itu.

"anak ummi ni.....kan ummi selalu ambil Fisa kat sekolah? Jadi, ummi selalu la nampak kawan Fisa tu berbual-bual dengan Fisa. emmmm siapa nama kawan Fisa tu? ajaklah dia datang rumah kita." kata ummi merungkai segala tanda tanya yang bermain di fikiran si anak.

"Nama dia Aminah ummi. Tapi semua orang panggil dia Amy jer. Tapi, dia ni suka pakai seluar pendek. Abi tak kisah ker?" Soal Nafisa kembali inginkan kepastian.

Abi menarik kerusi lalu merapati si anak. Bahu si anak dipegang lembut.

"Fisa bawak dia datang esok, sebab esok abi nak ker kebun Tok Aki. Nanti boleh la Fisa bagi dia buah rambutan." Balas abi cuba meyakinkan si anak.

Abi dan ummi sememangnya sangat gembira mendengar cerita si anak mahu mengajak temannya datang ke rumah. Mereka sentiasa mahukan kebahagiaan buat si anak. Dengan berkawan, Nafisa dapat melupakan sedikit sebanyak keperitan yang melanda hidupnya satu masa dahulu.

"Terima kasih abi, ummi." Ucap Nafisa dengan nada sebak dan terharu. Ummi lantas memeluk erat si anak. Terasa begitu bahagia dalam pelukan si ibu.

* * *

Pagi itu Amy begitu bersemangat dan tidak sabar hendak ke sekolah. Dari semalam dia sibuk menggayakan rambutnya di hadapan cermin di biliknya.

Puas Mak Tom memanggilnya makan tetapi dia tetap tidak mahu turun kerana begitu asyik menggayakan rambutnya. Maklumlah esok dia ada janjitemu dengan insan istimewa.

Amy ke ruang tamu untuk mengambil kunci motosikal yang tergantung di dalam rak kaca yang melekat indah di dinding. Sambil menyanyi-nyanyi dia membetulkan kolar baju dan tali leher.

"Hai sayang, awalnya nak pergi sekolah?!" Sapaan si ibu yang sedang menonton televisyen mengejutkan Amy sekaligus menghentikan hayunan kakinya.

Amy menoleh ke belakang dan berlari anak menuju ke arah si ibu.

"Morning mummy...!" Si ibu lantas dipeluk mesra.

"Mummy, handsome tak anak mummy?" Soal Amy sambil berdiri di depan ibunya dengan penuh gaya.

Si ibu tersenyum dengan gelagat si anak.

"anak mummy kan dah sememangnya handsome?! Tapi mummy tengok macam ada yang tak kena sikit laaa..!" Si ibu membelek-belek pakaian si anak. Itu membuatkan Amy sedikit bimbang. Dia khuatir jika penampilannya tidak menarik dan comot.

"Meh sini mummy betulkan skirt ni. Senget sikit." Kata si ibu lagi sambil tangannya membetulkan skirt yang dipakai Amy.

"Wow....you are so great mummy. Time's running, Amy pergi dulu!" Pipi si ibu diciumnya lantas bergegas keluar dari rumah besar itu.

Jalan raya agak sibuk pagi itu. Namun itu tidak memberi halangan untuk Amy tiba awal ke sekolah. Dengan mudah, motorsikal yang ditunggangnya mencelah-celah kenderaan lain yang sedang berbaris panjang dan bergerak lambat itu.

"Amy!" kedengaran ada orang menjerit memanggil namanya. Amy menungkatkan motor di kawasan parking lalu menoleh ke belakang. Kelihatan Eton dan Mira sedang melambai-lambai ke arahnya.

"Woi korang!" Amy menyahut lantang sambil mengangkat tangannya.

Mira dan Eton berlari-lari anak mendapatkan Amy di kawasan [i]parking[/i]. Termengah-mengah mereka setelah tiba di situ.

"amacam semalam? besr tak dating korang?" Soal Amy begitu teruja ingin tahu.

Mira dan Eton tersenyum sendiri. Itu sudah cukup membuatkan Amy tahu jawapannya.

"ok ker mamat tu?" Soal Amy lagi sambil mencuit tangan Mira.

"handsome giler My...baik pulak tu. Siap belanja kitorang tengok wayang." cerita Mira penuh emosi.

"Ai, mamat tu sorang, tapi korang berdua. Mana satu ni? Takkan korang dimadukan kot?" Amy kehairanan. Tetapi kata-katanya itu agak melucukan Mira dan Eton.

"mamat tu bawak member dier. Kau tahu My, aku rasa aku dah jatuh cinta ngan member dier tu la...." terang Eton pula. Wajahnya kelihatan berseri-seri dengan senyuman.

Amy hanya mengangkat keningnya. Dia tidak begitu berminat dengan lelaki tetapi untuk mengambil hati teman-temannya, dia turut gembira mendengar cerita mereka.

"Amy, sebagai tanda terima kasih kitorang sebab kau pinjamkan motor kau ni, kitorang nak belanja kau breakfast. Jom kita makan kat kantin!" ajak Eton. Mira terus menarik tangan Amy untuk mengikut mereka ke kantan.

"betul ker korang nak belanja aku?" soal Amy seperti tidak percaya.

"alaaa....betol la. selalu tu asyik kau jer yang belanja kitorang. So pagi ni kitorang lak nak belanja kau. Nak ker tak nak ni?" soal Mira pula.

"yo..yo.. rezeki jangan ditolak beb!" jawab Amy sambil ketawa diikuti teman-temannya.

Mereka bertiga terus bergerak ke kantin. Seperti selalu, ada sahaja perkara yang mereka bualkan. Kadang-kadang diselikan dengan gelak ketawa yang membingitkan. Apatah lagi suara Mira. Gamat bunyinya jika dia ketawa.

Sedang mereka menikmati roti bakar campur telur separuh masak, kelihatan Sofi, si budak sotong sedang membawa dulang berisi makanan untuk mencari tempat duduk.

Amy segera menolak kaki teman-temannya itu dan memberi isyarat memandang ke arah Sofi.

Dia hanya tersenyum memandang mereka berdua sambil mengangkat keningnya memberi isyarat. Pasti ada sesuatu yang hendak dilakukannya. Fikir Mira dan Eton.

Amy bingkas bangun dan berjalan ke arah Sofi. Menyedari kehadiran Amy, Sofi segera melajukan langkahnya, namun Amy terus mengekorinya.

"hei, apa ikut-ikut kiter ni? kiter tak suka la..." kata Sofi dengan gaya lembutnya.

Amy memegang tangan Sofi sambil mengajuk cakapnya.

"hei, janganla pegang tangan kiter.." Tangan Amy segera ditepisnya. Sofi kelihatan begitu marah sekali namu Amy hanya ketawa terbahak-bahak. Sedikitpun dia tidak memperdulikan perasaan Si Lembut itu.

Semakin Sofi marah, semakin seronok dia menyakat.

Tanpa disedari, perbuatan Amy itu dilihat oleh dua orang pengawas yang sedang meronda kawasan berhampiran kantin.

Tanpa berlengah, mereka terus menuju ke arah Amy dan Sofi.

"Hoi pompuan, apasal kau ni ha? Kalau tak ganggu orang lain tak boleh ker?" Herdik Razif. Beberapa orang pelajar yang sedang makan di situ terkejut melihat mereka.

"Lu pahal sibuk-sibuk hal gua?" Kata Amy sambil menolak Razif hingga terjatuh.

Melihat tindakan agresif Amy itu, Mira dan Eton segera mendapatkannya. Mereka cuba menenangkan hatinya dengan mengajaknya balik ke kelas. Namun ternyata Amy masih belum berpuas hati dengan Razif.

"Kurang ajar punya pompuan. Semalam kau langgar motor aku kat jalan, hari ni kau tolak aku, kau jangan kurang ajar dengan aku!" Marah Razif. Kali ini kesabarannya benar-benar teruji.

"Zif..sabar Razif..sabar!" Azim cuba mengawal kemarahan temannya itu. Dia tahu, Razif benar-benar naik angin dengan tindakan Amy itu.

"gua peduli aper!" Balas Amy dengan kasar. Dia lantas mengajak Mira dan Eton berlalu dari situ.

Sofi dan pelajar-pelajar yang lain hanya melihat mereka tanpa berani masuk campur.

"eeeeeeeeeeeeeeee!" Razif menggenggam tangannya. Dia begitu geram melihat sikap Amy yang lagaknya seperti seorang samseng itu.

"dah la tu....jom sambung tugas kita!" ajak Azim.

"aku akan bagi nama dia dekat Cikgu Nazir. Biar padan muka dia." Kata Razif lantas menulis nama Amy di buku pengawasnya. Hatinya berasa puas. Meskipun dia tidak dapat membalas perbuatan Amy kepadanya, tetapi guru disiplin pasti akan mengambil tindakan ke atas Amy kerana kesalahannya mengganggu Sofi pagi itu.
...................................bersambung

Anonymous,  May 21, 2009 at 2:53 AM  

salam =)
ni yg lalu punye..
yg terbaru bile nak kuar?
takut x sempat nak bace je..huhu

anak_itik,  May 21, 2009 at 7:18 PM  

salam = )
sy xsempat nak upload NAFISA.
sibuk sangat. lagipun belum adawaktu.server tak elok...

apa2pun...terimakasih banyak kerana berminat membaca NAFISA.

insyaAllah akan sy upload secepatnya. doa2kan yer.. salam.

anak_itik,  June 9, 2009 at 11:29 PM  

sambungan...

"Amy, kau ni berani betul lah melawan bebudak pengawas tu. Kau tak takut ker kalau diorang bagi nama kau dekat cikgu disiplin yang garang tu?" Mira bersuara sambil merapatkan kerusinya dengan meja Amy.

"Apa nak takutkan? Biarlah diorang nak adu ker taknak. Yang aku tau, kejap lagi aku ada date baik punya." Balas Amy sambil ketawa.

Mira dan Eton berpandangan. Mereka tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan Amy.

.............................
nanti sambung lagi...bz sangat.

Anonymous,  August 4, 2009 at 12:15 PM  

bile nak sambung??!
x baik buat peminat nafisah tertunggu-tunggu tau........

whiteRo$e,  August 4, 2009 at 11:54 PM  

mungkin anakitik sibuk kot.paper pon, kiter samer2 sabor jer lah menanti ending citer ni. [suka dng watak nafisa.]

Anonymous,  August 5, 2009 at 8:29 PM  

ntah la...lamanya menuggu...
tak sabar tunggu kesudahanya...
tolong la anakitik sambungkan citer ni..........

nurpalestina August 6, 2009 at 12:39 AM  

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2 DAN ADIK2 KU SEMUA...
ANA RASA ANAKITIK TENGAH BUSY KOT. TAK PA, NANTI ANA MINTA DIA SAMBUNG CEPAT2 YER.
SALAMUNALAIK.

FAIZZUDIN ZAKARIA August 6, 2009 at 4:55 PM  

sabar menanti ...seronok baca ...

anak_itik,  August 12, 2009 at 10:21 PM  

Nafisa melangkah turun dari kereta. Seperti biasa, selepas bersalaman dengan ibu dan pipi tua itu diciumnya, dia segera melangkah menuju ke kelasnya.seperti kebiasaannya juga, Nafisa berjalan bersendirian tanpa memperdulikan banyak mata lain yang memerhatikannya.
Dia sedar, caranya berpakaian berbeza sekali dengan pelajar-pelajar di situ. Malah amat sedikit yang memakai tudung apatah lagi bertudung labuh sepertinya. Mungkin pada pandangan mereka, dia begitu pelik dan asing.
“ Assalamualaikum!” Itulah ucapan pertama bila tiba di pintu kelasnya.
Amy yang sedang sibuk berbual dengan Mira dan Eton terus bangun lantas mendekatinya.
“erk…..awak, errrr eh, anti, aaaaa hari ni jadi tak keluar dengan aku?” Nafisa terlopong.
“eh…bukan aku, errr ana..yer ana…anti jadi tak keluar dengan ana nanti?” Ulang Amy sambil menggaru-garukan kepalanya.
“Nak pergi mana enti?” Soal Nafisa kehairanan.
“laaa, kan hari tu dah janji nak keluar makan? Kita tak pergi jauh pun, dekat Restoran Elizabert jer. Lagipun, ana dah booking tempat untuk kita dua.” Terang Amy.
Mendengar kata-kata Amy itu, Mira dan Eton mula berpandangan.
“aiiii, tak kan berdua jer kot? Kitorang ni macam mana? Tak nak ajak sekali ker?” Mira cuba mengusik.
Amy mengalihkan pandangannya sambil menjegilkan mata kearah mereka. Dia seolah-olah memberi isyarat agar tidak mengganggu janji temunya itu.
“enti, ana minta maaf. Ana tak dapat keluar dengan enti….ana…..” Nafisa kelihatan sedikit serba salah.dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kesukarannya itu. Dia bimbang kalau-kalau Amy terasa hati atau tersalah anggap maksudnya.
“laaaa mana boleh macam tu. Ana dah buat preparation dah. Tempat pun ana dah book. Leceh arrr macam nieee.” Amy memuncungkan mulutnya.
“enti…..ana minta maaf sangat-sangat. Ana memang tak boleh pergi. Lagipun, ana tak pernah keluar mana-mana sendirian.”
“sendirian apa nyer? Ana kan ada?” Mata Nafisa direnung tepat. Nafisa serba salah. Dia menundukkan mukanya tidak berani menentang mata Amy yang penuh mengharap itu.
Nafisa diam seribu bahasa. Dan si Amy terus memujuknya dengan pelbagai cara. Namun jawapannya tetap tidak. Dia mula berasa hampa dan kecewa dengan keputusan Nafisa. Sejak

anak_itik,  August 12, 2009 at 10:22 PM  

hari itu dia sangat berharap dapat keluar berdua bersama Nafisa. Segala perancangan juga diatur dengan teliti.
Amy tidak tahu, mengapa Nafisa begitu susah mempercayainya.
‘Bukannya hendak dibawa ke disco ke, pub ker, karaoke ker…Cuma nak ajak makan jer. Itu pun susah.’ Amy bermonolog sendiri.
Mira dan Eton memandang wajah Amy yang kelihatan kecewa itu. Mereka tahu, Amy sangat berharap untuk keluar bersama Nafisa. Walaupun mereka sendiri masih berasa pelik dengan sikap si Amy itu, namun untuk menggembirakan hati si teman, mereka berazam untuk membantunya.
Mira dan eton bangun dan merapati Amy lalu menariknya ke luar kelas. Nafisa menarik nafas lega lantas berlalu ke tempat duduknya.
Hatinya terasa damai menatap langit yang membiru. Tiba-tiba kedamaian itu hilang dek bingitan suara Eton memanggil-manggil namanya.
Nafisa menoleh ke arahnya dengan kehairanan.
“woi Nafisa, cepat lah datang sini!” Panggil Eton sambil menggamitnya berkali-kali.
Nafisa semakin penasaran. Dengan langkah perlahan, dia merapati Eton.
“kenapa enti panggil ana?” Soal Nafisa ingin tahu.
‘aunty…aunty…aku bukan makcik kau lah’ ngomelnya sendiri.
“errr ni, aaaa Amy…rrrrr dia….” Suara Eton kedengaran seperti cemas sahaja.
“kenapa dengan Amy?” Nafisa semakin bingung.
“ Amy pengsan. Tiba-tiba saja dia pengsan.” Cerita Eton dengan wajah yang cemas.
Nafisa terkejut. Baru sekejap tadi dia melihat Amy sihat-sihat sahaja.
“enti tenang yer, mmm mana Amy sekarang?” Soal Nafisa cuba menenangkan Eton.
“dia…dia kat hujung sana. Jom kau ikut aku.” Arah Eton. Tanpa berlengah, Nafisa mengekori Eton sambil di dalam hatinya berdoa agar Amy selamat.
Namun, apabila tiba di tempat kejadian, kelihatan Amy sedang berdiri di sisi koridor sambil memandang tepat ke wajahnya.
“enti taka pa-apa ker? Tadi…”

anak_itik,  August 12, 2009 at 10:22 PM  

“ kalau kau betul-betul tak nak pergi, aku akan terjun dari sini.” Ugut Amy dengan berwajah serius.
Nafisa terkejut mendengar kata-kata Amy itu.
“enti, istighfar banyak-banyak. Apa yang enti nak buat ni? Kenapa nak terjun? Enti jangan buat macam ni, tak baik enti….”
“ahhhhh tak kira la baik ker tak baik ker, kalau kau tak nak ikut, aku akan terjun. Aku lebih rela mati…” balas Amy seperti bersungguh-sungguh hendak bunuh diri.
Nafisa mendekatinya perlahan dan cuba menenangkannya. Dia tahu, untuk memenuhi permintaan Amy itu adalah sesuatu yang sangat sukar.
Nafisa menarik tangan Amy.
“enti…jom kita masuk kelas yer… loceng dah nak bunyi ni….kita masuk kelas dulu yer!” Pujuk Nafisa.
Amy masih tidak berganjak dari sisi koridor. Malah, kakinya mula memanjat penghadang koridor. Melihat tindakan Amy itu, Eton dan Mira mula menangis sambil memujuk Nafisa agar bersetuju dengan ajakan Amy itu.
Perasaan serba salah makin mencengkam jiwanya.

-bersambung-

Anonymous,  August 15, 2009 at 2:22 AM  

bestnya citer ni...
wat suspen je.......

Anonymous,  January 20, 2017 at 11:46 PM  

Propecia Orange Minoxidil Cialis Generique Tadalafil [url=http://bonmeds.com]cialis[/url] Vardenafil Generic Vs Brand Generic Keflex Pills Side Effects For Cephalexin [url=http://ussmd.com]cialis online[/url] Discount Pharmacy Pill Doxy No Prescription Needed Buy Viagra With Debit Card 59 Hydrochlorothiazide Next Day Delivery Propecia Capilar [url=http://demalan.com]viagra online prescription[/url] Isotretinoin Purchase On Line Low Price Overseas Chandler Order Viagra 100 Mg Without Value Pharmaceuticals Vendita Viagra Catania [url=http://dolobid.net]generic viagra[/url] Buy Wellbutrin Overnight Shipping Cialis Natural Yp Healthcare Viagra Viagra Falscher [url=http://drugsor.com]levitra[/url] Birth Contorl Overnight Levitra 50 Mg Cialis 60 Droga Viagra How Long Does It Take For Zithromax To Work Kamagra Regime [url=http://ysluk.com]cialis[/url] Cephalexin Sinus Sale Pednisone Over The Counter At Walmart Purchase Plavix Buy Cheap Accutane Online No Prescription [url=http://bondrug.com]cialis[/url] Generika Viagra Cialis Is It Safe To Rotate Edex With Viagra Cialis China Made [url=http://apctr50.com]order levitra on line[/url] Isotretinoin in internet Kamagra Jelly Potenz Buy Kamagra Pay With Paypal Online Prescription For Valtrex Ed Med Trimix From Indian Pharmacies [url=http://cidovir.com]buy cialis[/url] Levitra Per Uberweisung Bestellen Viagra For Men For Home Delivery Sachet Kamagra Usa [url=http://doxamed.com]levitra 20mg prices[/url] Generic Cheapeast Acticin Online In Internet Cod Accepted On Line Stendra 100mg Levitra Que Efectos Tiene [url=http://abtsam.com]viagra online[/url] Aricept On Line Hydrochlorothiazide Direct Canada Delivered On Saturday Best Secure Canadian Pharmacy Macrobid Cheap [url=http://drugsed.com]cheap kamagra uk[/url] Cialis Levitra Genericos Amoxicillin What Is [url=http://dmdrugs.com]generic viagra[/url] Canadian Pharmacies Mail Order Provera Abnormal Menstruation Drugs Order.Viagra [url=http://bestedmedrxshop.com]buy viagra[/url] Where To Purchase Alli Buy Onadron [url=http://durazy.com]viagra[/url] Buy Albendazole Acquistare Finasteride Propecia Generico Td Bank [url=http://banzell.net]viagra online[/url] How To Buy Doxycycline Riverside Acheter Du Cytotec En Ligne Sans Ordonnance Buy Lasix Water Pills Online [url=http://drugslr.com]cialis price[/url] Dapoxetina 30 Viagra Without Prescriptions Usa Cialis 20 Mg Origine [url=http://feldene.net]viagra[/url] Levitra Krankenkasse Bezahlt

Post a Comment

jika anda ingin komen..komenlah dengan cara yang berhikmah..(>,<)

masih untuk direnungkan oleh mata hati kita... :)

TolongLAH!!TolongLAH!! tegaKAH kita tidur dalam kekenyangan dan hidup dalam kemewahan sedangkan mereka di 'sana' mati kelaparan???? tegaKAH ANDA???? *************************************************************** AIR MATA PALESTIN

About This Blog

★˛˚˛*˛°.˛*.˛°˛.*★* *★* 。*˛.
˛°_██_*.。*./ ♥ \ .˛* .˛。.˛.*.★* *★ 。*
˛. (´• ̮•)*.。*/♫.♫\*˛.* ˛_Π_____.♥ Selamat Hari Raya ♥ ˛* ˛*
.°( . • . ) ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
*(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...
selamat hari raya maaf zahir dan batin utk semua kawan-kawan ^_^ peringatan buat diri & muslimin-muslimat..raikan hari raya dengan kesyukuran dan ibadat bukan dengan maksiat..mudah2an diri kita dirahmati ALLAH selalu. amin!

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP