Ya ALLAH..Ya RAHMAN..Ya RAHIM..

Salam perjuangan...terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ana yang tidak seberapa ini. Namun, apa yang baik itu harap dapat dimanfaatkan dan sebar-sebarkanlah walau 1 ayat. sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH SWT..dan yang kurang itu dari kelemahan ana sendiri. Justeru, tegur-tegurlah jika ada kekhilafan dengan berhikmah. salam ukhuwah fillah wa syukran jaziilan.

"nama jer budak Universiti, tapi TANAM ANGGUR..kesian!!!!"

Saturday, May 30, 2009

SITUASI 1

"Eh Nur, dari mana ni?" tanya seorang mak cik yang kebetulan terserempak dengan aku sewaktu membeli barang di sebuah kedai runcit.

"Baru balik kerja mak cik!" jawabku lembut sambil menguntum senyum.

"balik kerja? Kau dah dapat kerja ker? Kerja apa?" soal mak cik itu bertubi-tubi. Beliau sememangnya diketahui umum suka menyibuk hal orang lain.

"Saya mengajar mak cik. Dekat sekolah agama!" terangku bersahaja.

"sekolah kerajaan ka? berapa dia bayar?" soalnya lagi. kali ini lebih dalam hingga menyentuh soal gaji.

Aku menggelengkan kepala. " Bukan sekolah kerajaan, ini sekolah swasta mak cik. Gaji tu tak lah banyak mana, kalau kata nak jadi kaya tu memang mustahil la, tapi insyaALLAH cukup untuk hidup." jelasku.

"hmmm nasib kau la Nur, dah tiga tahun kau habis belajar tapi takder jugak lagi kerja. memang susah nak kerja dengan kerajaan ni, sabor jerlah yer!!" kata mak cik itu seolah-olah bersimpati dengan nasibku.

SITUASI 2

Sudah menjadi kebiasaan, jika ada cuti umum, keluargaku akan pulang dan berkumpul di kampung. Berbagai cerita keluar dari mulut mereka hinggalah menyentuh bab aku.

"Si Nur tu buat apa sekarang ni?" tanya seorang ibu saudaraku pada ibuku.
"Buat apanya, menganggur jugak la...tak dapat-dapat lagi kerja!" jawab ibu sedikit kecewa.
"ai, dah lama kan dia tamat belajar, tak kan dia tak kerja lagi?" ibu saudaraku hairan.
"kerja tu memang la dia kerja. Tapi sekadar mengajar kat sekolah agama dengan gaji yang tak seberapa, belum dapat lagi kerja yang sesuai dengan kelulusan dia tuuu..!" terang ibuku.
"sekarang ni memang susah nak dapat kerja. Ramai bebudak U menganggur, kalau dapat kerja pun kerja yang biasa-biasa ja macam jadi kerani, cikgu sementara, kerja kilang, buruh kasar tak pun buat kerja sendiri macam tusyen!"

***
Inilah lumrahnya yang berlaku. Orang ramai menganggap budak-budak Universiti harus mendapat kerja / kerja dengan kerajaan tak pun kerja yang bergaji besar macam jadi manager kat kilang besar. Kalau setakat kerja biasa dengan gaji yang biasa...itu masih dianggap menganggur.

Apa sebenarnya maksud dan definisi menganggur?

Menurut Kamus Dewan, menganggur maksudnya = tiada pekerjaan / tidak bekerja.

Apakah dengan bekerja sebagai kerani, buruh kasar, mengajar tusyen, mengajar di sekolah agama atau jual burger dikatakan tidak bekerja = menganggur? Adakah golongan seperti ini dianggap tidak mempunyai masa depan?

Sungguh ini pemikiran yang agak conservative dan boleh menjatuhkan semangat para graduan yang bekerja di sektor / aliran sebegini. Bukan mudah sebenarnya untuk mereka melalui keadaan ini. Graduan mana yang tiada keinginan untuk menduduki kerusi setaraf dengan kelayakan mereka? Penat berjuang di Universiti bertahun-tahun dengan thesis, assignment, workweek, etc... siapa yang tidak mahu jawatan selayak certificate yang kini sudah berjaya dalam genggaman???

Seharusnya, masyarakat terdekat menyokong dan memberi sokongan kepada graduan seperti ini. Bantu mereka merangkak dan jangan dimarah jika mereka jatuh ketika cuba berjalan. Biarlah langkah pertama ini mengambil masa yang lama agar mereka tidak lelah ketika kaki sudah mula bergerak pantas.

Para graduan, pemegang diploma, ijazah, PHD[mb]... mulakanlah langkah anda dari merangkak terlebih dahulu. Walau ada suara yang menggoyah semangat anda, teruskan melangkah.

Teringat kata seorang tokoh...[Dato' Fadhilah Kamsah]
walaupun bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di warong sekalipun, itu juga dianggap satu pekerjaan. Justeru tiada istilah menganggur jika anda bekerja sebagai 'tukang cuci / penjual nasi lemak'. Itulah permulaan bagi perjalanan anda yang masih jauh. Apa yang penting, lakukan dengan niat kerana ALLAH disusuli usaha yang bersungguh-sungguh dan teruskan perjalanan.

Biar orang nak kata... 'nama jer budak Universiti, tapi TANAM ANGGUR jer..kesian!!!' asal anda tahu di mana anda bergerak dan pastikan laluannya menuju ke puncak kejayaan.
&
Kepada graduan yang masih belum bekerja..[yang masih lepak-lepak di rumah] mulai saat ini keluarlah dari sarang anda untuk mencari rezeki yang sememangnya bertebaran di muka bumi yang luas ini dengan langkah yang pertama.

BERSABAR..BERUSAHA dan BERTAWAKAL kepada ALLAH, insyaAllah DIA akan permudahkan jalan kita.

INGAT!!! 'Jangan berhenti sebelum sampai di perhentiannya'

2 apa kata anda..!:

Umar al_Faruk July 2, 2009 at 2:40 AM  

assalamualaikum...
sebenarnya...
setiap sesuatu pekerjaan yg kita lakukan adalah ibadah, xkirelah apa kerja kite, yg penting kite bkn duduk sj tanpe berbuat apa2, Nabi SAW xske umat dia xbekerja,
tp kebanyakkan manusia inginkn kerja sedap dan selesa serta gaji yg lumayan,
tetapi sume itu xkan dtg bergolek,
kite perlu cari, dan usaha,
kite bermula dr kosong, dan insyaALLAH kite akn berjaya kalu kite mngorak langkah kepada step berikutnya...
jdlah seperti syeikh al-bukhari, beliau jd jutawan pon disebabkan dia memulakan perniagaan dia drp jual lembu, lps tu daging lembu, kemudian terus berkembang dan berkembang sehiggalah beliau jd jutawan...

wassalam...

nurpalestina July 3, 2009 at 5:41 PM  

hehe, macihhh faiz atas komen yang membina. khas untuk pembaca lain yang masih menganggur....teruskan berusaha cari kerja. Allah takkan bagi rezeki tanpa kita berusaha mencarinya. yang penting, jangan memilih kerja. kerja ja asalkan kerja tu HALAL dan kita bebas untuk solat. em :)

faiz doa2kan semoga rakan2 graduan kita mendapat pekerjaan.

Post a Comment

jika anda ingin komen..komenlah dengan cara yang berhikmah..(>,<)

masih untuk direnungkan oleh mata hati kita... :)

TolongLAH!!TolongLAH!! tegaKAH kita tidur dalam kekenyangan dan hidup dalam kemewahan sedangkan mereka di 'sana' mati kelaparan???? tegaKAH ANDA???? *************************************************************** AIR MATA PALESTIN

About This Blog

★˛˚˛*˛°.˛*.˛°˛.*★* *★* 。*˛.
˛°_██_*.。*./ ♥ \ .˛* .˛。.˛.*.★* *★ 。*
˛. (´• ̮•)*.。*/♫.♫\*˛.* ˛_Π_____.♥ Selamat Hari Raya ♥ ˛* ˛*
.°( . • . ) ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
*(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...
selamat hari raya maaf zahir dan batin utk semua kawan-kawan ^_^ peringatan buat diri & muslimin-muslimat..raikan hari raya dengan kesyukuran dan ibadat bukan dengan maksiat..mudah2an diri kita dirahmati ALLAH selalu. amin!

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP