Ya ALLAH..Ya RAHMAN..Ya RAHIM..

Salam perjuangan...terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ana yang tidak seberapa ini. Namun, apa yang baik itu harap dapat dimanfaatkan dan sebar-sebarkanlah walau 1 ayat. sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH SWT..dan yang kurang itu dari kelemahan ana sendiri. Justeru, tegur-tegurlah jika ada kekhilafan dengan berhikmah. salam ukhuwah fillah wa syukran jaziilan.

(Aku, Pak Imam dan Talkin)

Tuesday, December 21, 2010

Apa itu TALKIN?
(Aku, Pak Imam dan Talkin)

Pada suatu petang yang damai …
Hujan rintik-rintik telah turun membasahi tanah perkuburan…
Di sana , terdapat tanah kubur yang masih merah, dan di kelilingi oleh ramai orang..
Dalam suasana yang syahdu dan sedikit kebasahan.. terdengar dengan jelas suara imam membaca talkin…

“Wahai …(nama arwah, merangkap anak saudara ku)… binti …(mak si arwah, merangkap kakak aku)…mudah-mudahan Allah Taala memberi rahmat akan kamu,ingatlah, bahawa dunia dan segala perhiasannya telah hilang daripadamu,dan sekarang kamu telah masuk ke alam barzakh,”

Aku berada pada posisi yang agak jauh dari imam, sedang hujan masih renyai-renyai… pak imam masih membaca talqin…

"…inilah dia tempat permulaan tempat masuk ke alam akhirat,maka jangan lah kamu lupakan janji yang mana kamu telah keluar daripada dunia,dan kamu telah masuk ke dalam bahagian negeri akhirat,iaitu menyatakan dan menerangkan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya,..”

Hujan semakin bertambah kuat, tapi bukan hujan lebat…, aku mencari tempat berteduh, tapi kat kawasan perkuburan tu takde pulak pokok yang berdaun lebat..pokok yang ada adalah pokok kemboja dan beberapa batang lagi pokok yang tidak berdaun… macam dalam cerita hantu…

Dan Pak imam masih lagi membaca talqin…

“…maka akan datang kepada kamu dua malaikat,iaitu Munkar dan Nakir yang diperintahkan Allah untuk memeriksa kamu,ketahuilah kamu, bahawa keduanya itu makhluk Allah,sebagaimana kamu jua adalah makhluk-Nya.
Dan apabila bertanya keduanya siapa Tuhanmu?
Dan siapa nabimu?dan apakah pegangan kepercayaanmu?dan atas apakah kematianmu?,maka jawablah dengan terus terang, iaitu,Allah Tuhanku,Nabi Muhammad penghuluku,Islam agamaku,kitab Quran ikutanku,Kaabah kiblatku,sembahyang fardu kewajipanku,dan sekalian orang islam itu saudaraku,aku hidup dan aku mati di atas kalimah:

LAILAHAILALLAH.”

Entah kenapa aku jadi macam kambing pulak hari tu, sebab takut pada hujan,
Apapun, pak imam tu memang best, aku rasa inilah first time dalam hidup aku tengok pak imam membaca talqin dalam hujan…

“…Berpeganglah kamu wahai……nama arwah……………,dengan ini hujjah,dan ketahuilah bahawa kamu akan tetap di alam barzakh ini hingga hari kiamat,dan ketahuilah pula, mati itu perkara yang benarnya,dan mesti ditemui oleh tiap-tiap makhluk dan soal Munkar dan Nakir di dalam kubur itu benarnya,demikian juga bangkit semula daripada kubur,dihisab amalan melalui titian siratalmustaqim semuanya benar,”

Dulu bila aku tengok cerita dalam TV, asal tanam mayat jer mesti hujan, asal tanam mayat jer mesti hujan ,cerita mat saleh pun camtu…tapi hari ini kerana tidak ada payung maka akhirnya aku pasrah.., aku biarkan hujan mencurah di tubuhku…dan pak imam memang yang best itu terus menerus membaca talqin dan berdoa.., dah tugas dia..

“…dan hari kiamat tetap akan datang dengan tiada syak lagi,dan Allah Taala akan membangkitkan semua orang yang di dalam kubur,dan dihitung akan segala kerja dan amalan mereka ituapa yang telah mereka buat di dalam dunia.”

Pulang dari tanah perkuburan, aku naik keretamayat.. tapi kat luar di tulis “kenderaan jenazah”…

Dalam kereta mayat, si adik menangis dengan bersungguh sungguh, manakala maknya hanya diam sedang mata membekak kemerahan…

Kereta mayat telah berlalu untuk menunggu bakal mayat seterusnya untuk di tumpang…
(dan hujan mulai turun dengan lebatnya.)

Apa cerita aku hari ini?
Itu adalah kali terakhir penulis mengziarahi kubur dalam beberapa bulan yang lepas..
Dan aku sengaja menulis talkin versi asal dan penuh, tapi aku tak tahu pulak siapakah penulis asal talkin.., adakah datang dari Nabi atau sahabat ra?

Walaubagaimanapun, Aku bukan nak cerita pasal talkin itu bida’ah atau tidak?
Aku bukan ustaz untuk membincangkan isu isu budaya melayu dan peranannya dalam keugamaan…, dalam tahun ini sahaja 3 orang bapak saudaraku jadi mayat, dan semuanya di baca talkin…

Bagi aku talkin ni macam reverse psychology, alahai macam emak mertua yang pukul kucing sindir menantu… atau korang tengah makan sedap sedap kat rumah mertua, tiba tiba bapak mertua sound:
“hujan lebat-lebat pun tahu berhenti..”

(oh, sungguh susah nasik itu nak di telan…)

Oleh sebab bacaan talkin bukan sunnah, dan lebih kepada reverse psychology, apa kata korang karang sendiri susunan bacaan talkin lalu suruh anak korang baca kat mayat korang sendiri kelak, bolehlah korang buat reverse psychology dengan menujukan nasihat kat orang yang hantar ziarah korang, jangan takut sebab korang dah jadi mayat dah…
Semua orang dah berani ‘langkah’ mayat korang…

Oleh yang demikian, hari ini, aku ada karang satu talkin khas untuk diriku sendiri dan korang jugak kalau korang berminat bila jadi mayat kelak!
Namun, bila korang nak baca talkin yang aku karang tu kat mayat aku, korang boleh baca dengan niat nak ingat mengingati, aku pun takdelah nak berwasiat, susah anak anak aku kelak..lantak korang ler… aku dah jadi mayat dah..(waktu tu)

Baiklah, berbalik kepada talking versi aku, talkin ini terbahagi kepada dua sesi., satu sesi untuk mayat dan satu lagi untuk bakal mayat, atau orang yang datang ziarah kubur, dan talkin ini memang belum sempurna sepenuhnya lagi, apatah lagi ianya di tulis oleh seorang yang bukan ustaz macam aku yang tidak bertauliah ini!, so hari ni korang baca dulu, sekiranya korang rasa nak tambah bolehlah berbuat demikian sebab bila korang dah jadi mayat, bacalah talkin seibu sebelas ratus pun, tak dapet nak nolong ehkaw ha! kalau dah gonjeng semacam rupa, buat apa fesyen, serba tak kena, baiklah beli roti dan kaya!

TALKIN VERSI KERETAMAYAT.. (copyright 2006)

Sesi satu:
Untuk mayat tapi pak imam kena baca dengan kuat, kena pakai speaker 2000 watt..siap dengan 'Gain circuit' hingga dapat di dengar dalam jarak 100 km persegi…

"Bismilahirahmanirahim…
Wahai mayat, tahukah engkau, apa yang kubur akan buat atas engkau?
Kubur akan koyakkan kain kafan engkau,
Kubur akan hancurkan tubuh engkau hingga menjadi keping-kepingan…
Kubur akan hisap darah engkau sampai kering
Kubur akan meratah daging di setiap tubuhmu…

Wahai mayat, tahukah engkau, apa yang kubur akan buat atas persendian-persendian di tubuh engkau?
Kubur akan pisahkan tangan engkau dari bahu,
Tangan dari lengan,
Punggung dari tubuh,
Paha dari punggung,
Lutut dari paha,
Betis dari lutut, dan kaki dari betis…

Wahai mayat, tahukah engkau?, kehidupan di dunia dulu terlalu singkat,
Dan dunia telah banyak menipu engkau…
Yang hebat di dunia, hina di akhirat…
Yang kaya di dunia, fakir di akhirat…
Muda di dunia, cepat menjadi tua…

Yang kau tinggalkan tak lama lagi akan jadi mayat macam engkau jugak…
Kau telah biarkan dunia menipu engkau, dengan menarik perhatian engkau
Padahal, engkau selalu melihat betapa cepat dunia berpaling dari pemuja dan pecintanya..

Yang bodoh bangang sahaja mudah terpedaya dan terperangkap oleh dunia…
Di manakah engkau pencinta pecinta dunia yang telah mendirikan rumah yang besar…?
Yang telah berjaya menhabiskan bayar loan kereta yang mewah itu?
Yang telah berjaya menyimpan sejumlah wang yang besar dalam bank?

Engkau telah hidup di dunia selama masa yang terlalu sedikit lalu pergi dari sini dengan meninggalkan segala-galanya yang telah engkau penat kumpulkan dan bersusah payah memiliki…

Semasa hidup di dunia, engaku telah menikmati kehidupan yang sihat sempurna serta kekuatan jasmani yang memperdayakan engkau sehingga engkau mulai hidup dengan mengikut hawa nafsu serta melakukan dosa dosa!!!

Demi Allah!
Engkau telah di cemburui di dunia kerana memiliki harta yang banyak…
Engkau menghadapi bermacam-macam halangan untuk mencari harta, namun demikan, akhirnya engkau berjaya mengumpulkan harta yang banyak…
Orang lain di dunia merasai hasad dengki terhadap engkau…
Tetapi engkau tidak hairan dan tanpa peduli engkau terus mengumpulkan harta sambil menahan segala jenis kesusahan dan kepayahan dengan rela hati…

Tetapi, lihatlah hari ini..bagaimana tubuh engkau di seksa oleh bumi dan bagaimana keadaan persendian-persendian di tubuh engkau, dan tulang tulang engkau di makan ulat…

Semasa di dunia engkau berehat di atas sofa yang lembut lagi mewah dan di kelilingi oleh kekasih-kekasih dan sahabat sahabat.
Kawan kawan, anak isteri, saudara mara, jiran jiran sentiasa mengikit kehendak engkau..

Tetapi sekarang, apakah yang sedang berlaku..?
Kami bertanya engkau wahai mayat dengan suara yang kuat!

“Bagaimana keadaan engkau sekarang ini?”

Orang kaya jadi mayat orang kaya, orang miskin jadi mayat orang miskin,
Dan semuanya terbaring dalam padang yang sama.

Wahai mayat orang kaya…
Apakah harta engkau sedang memberi manfaat kepada engkau?

Wahai mayat orang miskin…
Apakah kemiskinan engkau sedang memberi mudarat kepada engkau?

Wahai mayat..
Bagaimana keadaan lidah engkau yang selalu hebat berhujah itu?
Bagaimana keadaan mata engkau yang selalu memandang ke segala arah itu?
Bagaimana keadaan wajah engkau yang cantik itu?

Adakah ulat-ulat di kubur berbuat apa apa?
Ya! Wajah engkau sudah menjadi hitam!
Daging engkau sudah habis di makan!
Wajah engkau menjadi hodoh ditekan tanah!
Anggota tubuh engkau sudah terputus putus dan sendi sendi engkaupun sudah terpisah satu dari yang lain…!!!

Oh! Di manakah isteri engkau yang sentiasa menyahut.. “ya, bang..”
Di manakah tilam sepertiduran engkau dan isteri tersayang?
Di manakah buku simpanan yang engkau begitu ambil berat dengan jumlah angkanya dulu?
Di manakah wang insuran yang telah engkau korbankan setiap bulan?
Adakah harta engkau sedang membantu engkau sekarang?

Dalam liang kubur ini, tidak di hamparkan alas tidur,
Tidak di sediakan bantal,
Di baringkan atas tanah begitu sahaja…

Alangkah sedihnya!
Engkau di tinggalkan seorang, dalam gelap gelita…
Dalam himpitan tekanan tanah…

Kini, siang dan malam menjadi serupa bagi engkau…
Engkau tidak dapat berjumpa dengan kawan kawan lagi…
Dan kawan kawan juga tidak dapat menziarahi engkau lagi…

Alangkah begitu ramai mayat dalam kubur…
Semasa hidup di dunia mempunyai tubuh yang lembut lagi cantik,
Mempunya rambut yang kuat, pipi yang gebu, gigi yang putih bersinar..

Wahai mayat lelaki kacak dan mayat wanita jelita..
Kini tubuh engkau hancur, anggota anggota badan sudah terpisah satu dari yang lain,
Mata yang cantik dulu, kini terkeluar dari tempatnya dan mungkin di atas pipi..
Bahu sudah menjadi asing dari tubuh,
Mulut penuh air busuk dan nanah,
Binatang binatang melata sedang bergerak di seluruh tubuh engkau

Engkau di tinggalkan dalam keadaan sedih begini sedangkan pasangan engkau bakal berkahwin dengan orang lain, anak anak sudah mengambil alih harta yang engkau kumpulkan itu..
Waris waris sudah membahagikan hartanya…

Namun wahai si mayat…

Sekiranya di dunia dulu engkau tidak lupa dengan rumah yang asli ini, dan engkau selalu mengutamakan akhirat daripada dunia, dan engkau selalu mengumpulkan bekalan di sini sebelum engkau sendiri yang datang, maka dengan wajah mayat yang segar dan cantik, berehatlah engkau di dalam ini kubur dengan penuh keseronokkan dan kesejahteraan..

Nanti satu pintu shurga akan di buka untukmu.., lepaskanlah pandangan mata sejauh kaki langit menikmati taman shurga yang mana apabila sangkakala bertiup kelak!
Selamatlah engkau menuju shurga yang kekal sejahtara abadi…"

(Kemudian imam berpusing dari duduk di hadapan kubur lalu mengadap kepada orang ramai yang datang menghantar jenazah..lalu mula membebel macam mak nenek..imam berkata..)

Talkin Sesi kedua: untuk bakal mayat..

Wahai korang semua yang bakal jadi mayat dan yang pasti esok akan masuk kubur!
Apakah yang menjadikan korang terperangkap dalam urusan duniawi?
Adakah korang harap dunia yang penipu ini akan sentiasa bersama korang?
Rumah korang yang besar, kereta yang besar, pangkat yang besar..malaikat maut tak pedulipun..

Malaikat maut diperintahkan untuk menjadikan korang mayat buat selama-lamanya,…tapi korang jika boleh mintak ditangguhkan selama beberapa tahun lagi bagi membuat persiapan…
Tahun? Satu saat pun Allah tak bagi…malaikat maut tak layan ‘ surat menyurat’….
Kerana itu ada mayat yg ditemui dalam berbagai2 keadaan.
Ada Mayat yg nasi penuh nasi kat mulut..

Ada Mayat tg tengah mandi

Ada Mayat yg baru nak berserapan

Ada Mayat yg sedang memasak
(Ada Mayat yg sedang baca blog..)

Macam2mayat ada -
(sila rujuk bilik mayat)…

Takde makanan selama 7 hari mungkin kita menjadi mayat..Takde minuman selama 3 hari mungkin kita menjadi mayatTakde udara selama 10 minit mungkin kita menjadi mayatTakde iman walaupun sebesar zarah..kekal dalam neraka selama-lamanya tanpa jadi mayat…!

Sebelum jadi mayat, buatlah usaha atas iman..…
Tak payan nak pening kepala,
Hanya dua usaha perlu buat di dunia ini sebelum jadi mayat….

1. Buat usaha selamatkan diri dari api neraka

2. Buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.

Dan.. hari ini telah berlalu satu hari dan semakin sempit masa untuk selamatkan diri dari api neraka
Dan… hari ini telah berlalu satu hari dan semakin sempit masa untuk buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.

perisriwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita semakin ke depan… Ingatlah…Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...
Menuju tempat menjadi mayat

Wahai ahli keluarga yang hari ini menutupkan mata saudaramu yang sudah jadi mayat, wahai yang sudah memberi mandi kepada mayat, yang sudah menghulurkan kain kafan pada mayat, yang menghantar mayat ke kubur ini, lepas ni siapa pulak yang akan jadi mayat…huh! Tentu korang terbayang dlm otak fikiran akan siapakah yang paling tua dan sakit kat kampong korang lalu buat keputusan, iaitu tak lama lagi pakcik tu pulak..

Hello!!!!
Hari2 dalam surat khabar cerita pasal mayat bayi dan mayat bapak budak ditemui di sana-sini….entah entah esok, aku jumpa mayat korang…bla bla bla bla…etc etc

(walaubagaimanapun… akhirnya pak imam sajer yang tinggal seorang diri membebel macam mak nenek, sebab korang semua perasan sibuk ada hal.., maklumlah drama bersiri tak habis tengok lagi, malam karang nak tengok CD Hindustan disc 3, hmm, dengar kata ada jualan murah sempena ramadhan esok!, baju raya tak tempah lagi, hujung minggu ni nak kena up date lagu popular di carta radio, Majalah sukan dan hiburan yang di beli minggu lepaspun tak habis baca lagi, lagipun nak kena up date blog pulak hari ni, hari tu dah kalah main futsal, malam ni mesti lawan balik, nak balik kampung raya ni ingat nak kena tukar sport rim baru ler.., eh, lagipun aku sibuk cari kerja yang gaji mahal tapi kerja senang , sibuk cari isteri cantik jelita macam artis tapi taat macam hamba, aku sibuk cari suami hensem dan kaya raya tapi beriman..ni yang perasan sibuk ni, nak kena cari semua tu, maklumlah, berusahalah kamu macam hidup seribu tahun..bla bla bla blah blahhhhh)

Mengakhiri post ini, terimalah sebuah sajak merangkap Lagu latar…

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun...
Untuk hidup kaya

Aku cari bukan wang berjuta-juta...
Untuk hidup bergaya

Aku cari bukan kawan-kawan...
Untuk hidup sekadar berfoya-foya

Aku cari...Mana dia Al-Ghazali....?
Ku cari mana dia? Al-Shafie...

Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan

Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi…

ok, semua orang dah boleh balik rumah masing masing..tinggalah mayat seorang diri…

ps: Semua orang akan menjadi mayat…
 
sumber: E-mail dari sifu ana.(Ab. Zahir-Fuji-E)

0 apa kata anda..!:

Post a Comment

jika anda ingin komen..komenlah dengan cara yang berhikmah..(>,<)

masih untuk direnungkan oleh mata hati kita... :)

TolongLAH!!TolongLAH!! tegaKAH kita tidur dalam kekenyangan dan hidup dalam kemewahan sedangkan mereka di 'sana' mati kelaparan???? tegaKAH ANDA???? *************************************************************** AIR MATA PALESTIN

About This Blog

★˛˚˛*˛°.˛*.˛°˛.*★* *★* 。*˛.
˛°_██_*.。*./ ♥ \ .˛* .˛。.˛.*.★* *★ 。*
˛. (´• ̮•)*.。*/♫.♫\*˛.* ˛_Π_____.♥ Selamat Hari Raya ♥ ˛* ˛*
.°( . • . ) ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
*(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...
selamat hari raya maaf zahir dan batin utk semua kawan-kawan ^_^ peringatan buat diri & muslimin-muslimat..raikan hari raya dengan kesyukuran dan ibadat bukan dengan maksiat..mudah2an diri kita dirahmati ALLAH selalu. amin!

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP