apakah kita juga begini????
REZEKI
Suatu hari, seorang pemuda berjalan-jalan mengelilingi kotaraya. Dia berhajat untuk mencari pusat membeli-belah yang mengadakan promosi hebat jualan murah untuk membeli pakaian dan barangan keperluan lainnya. Selepas dua jam mencari, pemuda itu akhirnya berjumpa sebuah mall yang menawarkan promosi hebat. Dia memasuki mall tersebut dengan membawa beg duit berisi ratusan ringgit dengan harapan dapat membeli semua barang yang diingininya. Tiba-tiba, bajunya bagai ditarik sesuatu. Dia menoleh dan didapati seorang kanak-kanak lelaki memandangnya sambil menadah tangan meminta sedekah. Pemuda itu memandang ke kiri dan kanan kalau-kalau ada orang lain memandang ke arahnya. Dengan pantas, dia mengarahkan budak pengemis itu meninggalkannya sambil mengomel sendiri. ' kecil-kecil lagi dah pandai nak mintak sedekah. buat-buat miskin la kononnya!