TUDUNG MUSLIMAT ATAU TUDUNG...?????
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Assalamualaikum wbt.
SYUKUR ke Hadrat ILAHI kerana masih mengizinkan ana menulis artikel ini. Mudah-mudahan pembaca semua mengambil pengajaran dan iktibar. Apa yang ana tulis ini adalah buat renungan dan peringatan untuk sermua muslimah...tidak terlepas juga diri ana sendiri.
Alhamdulillah...dewasa ini kita lihat sudah ramai muslimat mula memakai tudung. Tiada rasa malu lagi untuk menutup kepala mereka. Namun, malangnya tudung yang dipakai itu belum cukup syaratnya sebagai menutup aurat. Justeru ana terpanggil untuk merakamkan bagaimana pemakaian seorang MUSLIMAH. Ayuh kita hayati...apakah kita memakai pakaian + tudung sudah memenuhi syarat menutup aurat atau...hanya mengikut aliran fesyen semata-mata? Nilaikanlah dengan IMAN...bukan dengan NAFSU...InsyaALLAH, mudah-mudahan kita mendapat pencerahan. Amin!
Bagaimana??Sudah dihayati?Lihatlah... keenam-enam gambar di atas adalah antara yang sering dipakai oleh wanita masa kini. Pada mereka, itu adalah aliran fesyen. Jika masih berpakaian longgar-longgar, labuh atau tutup-tutup itu bukan lagi berfesyen sebaliknya bakal diketawakan kerana ketinggalan zaman. MasyaALLAH...Wanita hari ini jauh tersasar pemikiran mereka. Dorongan model-model yang kononnya membawa imej muslimah benar-benar merosakkan pemikiran mereka. Apakah mereka sedar atau tidak pemakaian seperti itu tidak ada dalam Islam? Apa perasaan Rasulullah tatkala melihat umatnya hari ini berpakaian tapi sebenarnya mereka masih bertelanjang? Pasti Baginda Nabi SAW akan menangis mengenangkan nasib umat Baginda.
Hari ini, atas nama Islam...ana sebagai muslimah ingin mengajak muslimah semua agar merubah ke arah yang lebih baik dan disukai ALLAH dan NabiNYA iaitu menutup aurat dengan betul. Apa yang harus kita lakukan ini bukanlah kerana paksaan tapi kerana KEWAJIPAN atas SURUHAN ALLAH kepada kita sebagai hambaNYA. Mudah-mudahan, dengan menutup aurat, kita mendapat pahala yang besar di sisi ALLAH SWT. Amin!
Inilah pakaian muslimah sejati.
"Wahai anak- anak Adam! Sesun gguhn ya Kami telah menur unkan kepad a kamu ( bahan - bahan untuk ) pakai an menut up aurat kamu dan pakai an perhi asan dan pakai an yang berup a takwa itula h yang sebai k- baikn ya. Yang demik ian itu adala h dari tanda - tanda ( limpa h kurni a) Allah (dan rahma tNya kepad a hamba - hamba Nya) supay a merek a menge nangn ya (dan bersy ukur)"
Al- Quran > Surah Al- A' raaf> Ayat2 6
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)
Al- Quran > Surah An- Nuur> Ayat3 1
Dan katakanlah kepad a perem puan- perem puan yang berim an supay a menye kat panda ngan merek a ( darip ada meman dang yang haram ) dan memel ihara kehor matan merek a dan janga nlah merek a mempe rliha tkan perhi asan tubuh merek a kecua li yang zahir darip adany a; dan henda klah merek a menut up belah an leher bajun ya denga n tudun g kepal a merek a; dan janganlah merek a mempe rliha tkan perhi asan tubuh merek a melai nkan kepad a suami merek a atau bapa merek a atau bapa mertu a merek a atau anak- anak merek a, atau anak- anak tiri merek a atau sauda ra- sauda ra merek a atau anak bagi sauda ra- sauda ra merek a yang lelak i atau anak bagi sauda ra- sauda ra merek a yang perem puan, atau perem puan- perem puan Islam atau hamba - hamba merek a atau orang gaji dari orang - orang lelak i yang telah tua dan tidak berke ingin an kepad a perem puan atau kanak - kanak yang belummenge rti lagi tenta ng aurat perem puan dan janga nlah merek a mengh entak kan kaki untuk diket ahui orang akan apa yang terse mbuny i dari perhi asan merek a dan berta ubatl ah kamu sekal ian kepad a Allah , wahai orang - orang yang berim an, supay a kamu berja ya.
Wahai saudari-saudariku sekalian, mulai saat ini, marilah kita berubah. Sesungguhnya melakukan perkara wajib (menutup aurat) itu merupakan satu tuntutan kepada kita semua.
ingatlah....
"Sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah WANITA YANG SOLEHAH!"
~ALLAHUA'LAM.~
0 apa kata anda..!:
Post a Comment